Sabtu, 28 September 2019

Alhamdulillah dapat juga merasa diskaun dari SAJ

Alhamdulillah syukur2 pada akhir Ogos lalu dapat surat pemberitahuan kelulusan pengurangan caj bil air dari SAJ. Ingatkan tidak dapat kerana setelah lama hampir 3 bulan menunggu respon dari SAJ. Bila saya tanya pada pegawai SAJ di pejabat daerah Tangkak, sememangnya urusan biasanya mengambil masa 3 bulan.


Dari isi surat di atas 10% dapat diskaun dari bil air pada bulan Jun (16.6.2019) berjumlah RM326.03 ( boleh lihat link ini https://rosdiramli80.blogspot.com/2019/06/bila-bil-air-naik-mendadak-itu-petanda.html ). Ok jugalah daripada tak dapat langsung. Dan terbukti usaha saya ini tidak sia-sia. Alhamdulillah 😊😊😊😊

Untuk pengetahuan sahabat, saya ada membayar sedikit bil bulan 7 dan 8 bagi mengelak nampak banyak sangat yang tertangguh. Nanti risau pula kena potong air tak pasal-pasal. Jadi saya anggapkan pengiraannya yang dibuat oleh SAJ begini RM223.23-Rm176.43 = Rm46.80 (Jumlah seperti surat pemberitahuan kelulusan pengurangan caj bil air dari SAJ. Klau salah mohon maaf ya 😊😊😊😊


Bil Bulan Ogos

Bil Bulan September


Rabu, 26 Jun 2019

Modul teknik menjawab soalan KPS dalam kertas 2

Assalamualaikum sahabat semoga sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T hendaknya Aamiin

Disini saya nak wakafkan Modul KPS saya bagi memudahkan guru-guru Sains mengajar juga kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR nanti. Teknik KPS ini lebih kurang hampir sama dengan teknik yang digunapakai oleh guru-guru Sains diluarsana. Mungkin ada sedikit perbezaan namun ianya masih berfokuskan kepada Kemahiran Proses Sains (KPS) yang asal.

Sekiranya ada kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi. Dan dipersudikan memberi tunjuk ajar di ruangan komen. Saya percaya penambahbaikan mesti ada seiring dengan perkembangan dunia ilmu pendidikan Sains & Teknologi. Semoga modul yang tidak seberapa ini dapat dimanfaat sebaiknya. Sekian.

Klik perkataan πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡ untuk download modul
Modul teknik menjawab soalan KPS dlm kertas 2_Formula e-di_Uji IQ


Selasa, 25 Jun 2019

Bila bil air naik mendadak itu petanda paip rumah ada bocor

Seperti biasa balik keje aku akan jeguk peti surat rumah. Ada bil air SAJ sekali negok perhhhh terkejut seriau sikit lagi nak jd isim 😱😱😱😱 RM326.03 bil semasa untuk bulan Jun (16.6.2019).

Mulalah dalam hati aku buat hipotesis. Adakah disebabkan kena curi orang atau dipinjam makhluk bunian πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ maaf gurau jangan mare😁😁😁 yang logik hipotesisnya mesti disebabkan kebocoran paip 😩😩😩. Untuk nak buktikan hipotesis aku ni benar. Aku gi sendiri menyiasat. Aku panjat tangga negok tangki atas, nampak ok je tangki dan sistem paipnya tak ada yang bocor. Aku panjat dan negok siling bilik depan. Setelah diperiksa didapati paip dari dinding depan ke tangki pun ok juga kordinasinya. 

Aku tak puas hati gi negok panjat siling kat belah belakang pun clear tiada kebocoran air di dapati. Aku dah syak ni kebocoran mesti berlaku dibelakang dapur sebab dapur aku baru diubahsuai tahun lepas. Jadi senang nak mudah keje, aku call plumber minta mereka datang check. Plumber kata hari Jumaat dia boleh datang.

Hari Jumaat, masa aku tak berkerja sebab di Johor memang cuti syukurlah seperti yang dijanjikan pada jam 9.30am, si plumber datang dengan van yang lengkap dengan peralatan dan barang tukangnya. Plumber check punya check, dia kata comfirm memang kat paip bahagian depan di ruangan letak kereta yang bocor. Sebab bila plumber tutup kepala paip yang kat dinding depan rumah ku baru nombor meter air berhenti. Lagi pun si plumber cakap dulu dia pernah bikin repair masalah kerosakan yang sama berlaku di taman ku ini. Plumber kata sistem paip taman ni yang didalam semuanya belah atas siling maka tiada tekanan berlaku dan sukar nak bocor klau bocor pun akan pasti mudah dikesan dengan nampak kesan basah pada siling. Yang saluran paip belah depan di ruangan tempat letak kereta je yang di letak bawah tanah. Paip terima tekanan dari beban kereta dan mozek di ruangan tempat kereta. Bila aku rujuk ilmu fizik memang sah betul le. Plumber kata dia akan tebuk kat dinding je dan pasang gantikan dengan paip PVC. Bahagian mozek di lantai dia tak usik. Paip PVC akan di lekatkan pada dinding tembok rumah. Jadi aku akur lah sebab maklumlah dah bidang dia maka memang dia yang teror tahu camana nak selesaikan kerja dengan hasil yang paling baik. Ada plumber gi pecah mozek lantai untuk nak gantikan paip yang pecah. Itu lagi banyak kerja dan membazir wang dah tak pasal-pasal nak cari tukang repair mozek dan lantai pula.







Mulalah si plumber itu pecah tebuk dinding rumah ku. Si Plumber kata dia akan tukar guna paip PVC kerana PVC lebih keras dan tebal berbanding paip getah yang asal. Dalam masa lebih kurang 3 jam siap setel urusan memasang paip PVC dan menyimen. Nampak profesional sungguh keje plumber cina ini, ikhlas aku cakaplah. Hasil kerja dia halus dan sempurna. Part hasil kerja bangsa cina memang aku puji sebab tu bayaran upahnya tinggi sikit. Tak apalah janji puas hati dan berkualiti hasilnya. RM300 harga upahnya tapi kat resit dia tulis RM350, dia bagi diskaun RM50 kat aku syukur Alhamdulillah


Alhamdulillah siap dengan cantiknya, tunggu nak cat je ni 😊😊😊😊




Bila dah selesai baik pulih, isteri aku cerita yang makcik kantin lama sekolahnya pernah berlaku kes seperti aku ini. Makcik kantin itu buat surat rasmi mohon rayuan diskaun atas bil air SAJ yang terlalu tinggi kerana akibat kebocoran paip. Dan rayuannya BERJAYA dapat diskaun berapa, tak pasti berapa. Ini hari aku dah siapkan suratnya dan segala dokumen lampiran yang menyokong surat rayuan ini. Harap-harap rayuan ku ini berjaya. Sesiapa yang nak format suratnya boleh download di link ini https://drive.google.com/file/d/1NKHFU9RAMWbDukBonO99pG6IhCA267UI/view?usp=sharing

Contoh Suratnya berserta lampirannya:
Contoh Surat Rasmi Rayuan 


Susun gambar kerja-kerja membaikpulih paip oleh plumber dalam satu lampiran


Bil Air SAJ yang siap difotostat warna



Resit upah baikpulih plumber yang siap difotostat warna

Buat 2 salinan pada semua dokumen diatas termasuk surat rayuan. Dimana 1 salinan untuk pihak SAJ dan 1 salinan untuk simpanan kita. Yang salinan simpanan kita itu minta dicop pengesahan DITERIMA dan siap ditandatangan oleh pegawai SAJ yang menerima aduan rayuan kita tadi. 1 salinan untuk simpanan kita ini adalah untuk rujukan kita sekiranya ada kehilangan surat rayuan yang kita beri pada pihak SAJ tadi.


Moga-moga berjaya petang ini rayuan ku ini Aamiin yarabbal'alamin

Sabtu, 16 Mac 2019

Penerokaan Sejarah dan Budaya Oleh Tn Azlan Sharif Bahagian 04

salam jumaat

saya ingin berterima kasih pada wartawan yang budiman menyiarkan kisah penemuan BATU MEGALITH di kg bekoh, tangkak, johor.

batu megalit ini berada dalam parlimen LEDANG, dun tangkak. Nah Budin Mdsahadon Ledang PKR Cabang Ledang Keadilan Cabang Ledang Amanah Kawasan Ledang Tangkak

mohon lawatan DO tangkak tuan Mahadon Marnin menjemput yb exco kebudayaan johor, yb Mohd Khuzzan, YWJ, JWN, PERZIM ke tapak.

cikgu saiah, tuan shaharil sapingi boleh cerita jelas.

jika perlu DYMM Sultan JOhor turun lagi dialu alukan.

tulisan saya disiar di malaysiakini (19.2.2019) dan sinar harian hari ini.(1.3.2019).

Namun, tiada tindakan berkesan pihak berwajib.

penemuan batu megalith di luar wilayah Minangkabau adalah sesuatu yang perlu dikaji.

jemput pakar kajian naming Luqman NulHakim
jemput tuan ruzairy JWN
jemput dr Zuliskandar Ramli UKM
jemput penulis blog bekoh cikgu Rosdi Ramli

sebelum ini penemuan batu aceh di PUSPEN SENGKANG DAN SUNGAI KARANG LAUT dalam daerah tangkak dipandang sepi. kerana hanya tersiar di facebook.

semoga dipermudahkan urusan bagi mengangkat sejarah BEKOH.

dapatkan buku "cinchin" yang ditulis orang bekoh.





Rujukan :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2714496371900355&id=100000200552861

Penerokaan Sejarah dan Budaya Oleh Tn Azlan Sharif Bahagian 03

misteri batu hidup di bekoh
ia adalah batu megalit
mohon jasa baik do tangkak tuan Mahadon Marnin lawat kawasan ini.

sebelum menjemput yayasan warisan johor, psm muar, pejabat tanah muar, waris dan semua berkaitan.

encik ruzairy jabatan warisan negara saya dah laporkan.

sejak disiar malaysiakini berkenaan batu megalit ini, seperti senyap sunyi.

adakah tidak penting sejarah.ataupun ada sesuatu yang saya tidak tahu.

kg bekoh hanya 10kilometer dari tangkak.
kg bekoh hanya 1 kilometer dari.simpang bekoh,melaka.

akta warisan kebangsaan 2005 dan enakmen yayasan warisan negeri 1988 saya faham.

besar harapan dymm sultan johor atau tmj lawat sendiri pekan bekoh Rosdi Ramli Nah Budin Muhammad Johan Jauhar


Rujukan:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2714276968588962&id=100000200552861

Penerokaan Sejarah dan Budaya Oleh Tn Azlan Sharif Bahagian 02

Semasa saya menulis artikel “Penemuan sulung batu megalith di luar pengaruh wilayah Minangkabau” pada 19 Februari, saya fikir hanya di Bekoh, Tangkak, Johor sahaja kemungkinan ditemui batu megalit yang dikaitkan dengan nisan pembesar orang Minangkabau di luar pengaruh wilayah Minangkabau.

Rupa-rupanya, menurut penduduk tempatan Bekoh, Shahairil Sapingi kemungkinan wujud batu megalit di tapak stesen KTMB Kuala Lipis, Pahang.

Nampaknya di Pahang juga mungkin ditemui batu megalit.

Carian di Internet gagal menemui apa-apa maklumat berkaitan dan saya terus seorang pengusaha eco pelancongan Kuala Lipis yang pejabat beliau di terletak di Stesen KTMB Kuala Lipis.

Agak mengejutkan beliau sendiri tidak mengetahui kewujudan batu megalit dan batu Aceh di Kuala Lipis.

Tiba-tiba muncul rakan Facebook saya bernama “Engku Khairul” mengesahkan pernah melihat batu Aceh di kawasan perkuburan Islam di Masjid Kampung Bukit Kota, Kuala Lipis (koordinat:4.260848,101.925651).

Namun, tidak dapat berkongsi fotonya kerana foto batu Aceh itu hilang dalam simpanannya.

Saya pernah menulis berkaitan Batu Aceh yang saya lawati di Kuala Lumpur bertajuk: “Batu Aceh yang 'hilang' di celah kilang & kondo”.

Lokasi batu Aceh di Masjid Kampung Bukit Kota, Kuala Lipis.

Ini sangat mengujakan.
Dalam rekod sejarah Pahang, dipercayai hanya di Pahang Tua ditemui batu Aceh, iaitu termasuk makam Sultan Muhammad Syah I Ibni Sultan Mansor Syah.

Sebenarnya, jika kita membuat carian di akhbar, sebenarnya makam purba ini tidak mustahil ditemui batu megalit dan batu Aceh di Kuala Lipis atau lokasi lain di Malaysia.

Cuma pengetahuan dan kajian batu Aceh dan batu megalit ini tidak disebar luas dan ini memang memusykilkan saya.

Kesimpulannya, pegawai daerah Lipis mesti proaktif dengan penemuan batu Aceh dan batu  megalit yang berusia ratusan tahun sebelum Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang antara 1898 hingga 1995.

Saya juga dikongsi 14 bangunan yang berpotensi dicalon tapak bersejarah oleh Majlis Daerah Lipis yang dibina selepas tahun 1898 yang kegemilangan daerah Kuala Lipis dengan kawasan perlombongan emas utama di Pahang.
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Lipis dan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Pahang juga dinasihatkan bekerjasama dengan Shahaniza Shamsuddin selaku pengerusi jawatankuasa kebudayaan, perpaduan, kebajikan masyarakat, pembangunan wanita dan keluarga negeri Pahang, Mohd Hassan Tuah yang giat promosi pelancongan daerah Kuala Lipis, Jabatan Warisan Negara, Lembaga Muzium Negeri Pahang, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM dan pengkaji sejarah Minangkabau di dalam dan luar negara.

Ini bagi:

Mengkaji sumbangan orang Minangkabau di Ulu Pahang sejak kurun 15 sehingga kurun 19,.
Mengenal pasti siapakah pemilik batu Aceh dan batu megalit di Kuala Lipis.
Mengilap semula sejarah warisan Kuala Lipis yang berpotensi diangkat sebagai produk pelancongan ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Sejarah Kuala Lipis sangat berwarna-warni. Selamatkan stesen kereta api Kuala Lipis yang telah ditutup bagi memberi laluan stesen kereta api baru.

Wujudkah batu megalit Stesen KTMB Kuala Lipis atau tau ia sudah dipindahkan semasa pembinaannya pada tahun 1926?

Sesungguhnya kewujudan batu Aceh, batu megalit di Kuala Lipis bukti penempatan purba.

MOHD AZLAN MOHD SHARIF ialah pengkaji sejarah bebas dan aktivis masyarakat.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

alhamdulilah, tersiar tulisan saya di malaysiakini.
syukran bro Jimadie Shah Othman.

di mana batu megalith stesen ktmb kuala lipis Mohd Hassan Tuah Maketab Mohamed Laili Basir Rasid Muhamad Haji Abas Haji Awang dato seri Fauzi Abdulrahman Ahmad Nizam Hamid Luqman NulHakim Jiwakacau Yut Meor Razak Russly Abd RAhman Mahadi Deraman

https://m.malaysiakini.com/letters/465751

Rujukan :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2710335942316398&id=100000200552861

Penerokaan Sejarah dan Budaya Oleh Tn Azlan Sharif Bahagian 01


apa ada dengan sungai kesang,-sungai chohong

dari kuala sungai kesang
1.jeti nelayan kesang (kanan)
2.makam tok kepau (kiri)
3.aerodrome sungai rambai/makam lama dialih(kiri)/kg kesang tasek
4.makam tok laji (sepupu sultan ibrahim, sultan selangor kedua) DrIbrahim Ghaffar (kanan)
5.batu aceh belakang kompleks penghulu kundang, telok rimba (kanan) Arif Sukor Zarul Kamarudin
6.parit penghulu (kiri)
7.lanchang (kiri) Ayie Muhd Ayob Dali dikatakan kampung asal deraman.
8.kg sri mendapat (kiri)
9.tasek biru, chinchin (kiri) Nah Budin
10.chohong (kiri) nisan belimbing Nurman Mohd Baroldin
11.chabau (kiri)
12.batu megalith kg dok Muhammad Johan Jauhar (kanan)
13.batu megalith kg buyan(kanan) Rosdi Ramli
14.batu megalith kg bekoh Mahadon Marnin wajib lawat
15.simpang bekoh masjid lama kg bekoh dipindah ke madrasah arifin (kiri)

Rujukan :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2702841893065803&id=100000200552861