Ini kali terdetik di hati saya untuk menulis artikel mengenai "Sejarah dan Rahsia Batu Nisan Megalith di Kg. Bekoh serta hubung kaitnya dengan Ketamadunan Penghulu Naning" lalu. Sebenarnya perasaan hendak menulis artikel ini tercetus dari perjumpaan sahabat saya dari Bandar Baru Tangkak iaitu Tn Muhammad Johan Jauhar dan Tn Azlan Sharif dari Pagoh yang ingin meminta saya menunjukkan lokasi Batu Megalith di Kg. Bekoh yang merupakan kampung saya yakni tempat bermastautin saya sekarang. Pencarian lokasi ini juga telah di bantu oleh Tn Muhammad Adil (Kodil) yang merupakan Noja Masjid Janatul Mawa yang juga salah seorang penjaga kawasan perkuburan Kg. Bekoh.
Tn Azlan Sharif memaklumkan Kubur bernisankan Batu Megalith, kebiasaannya hanya terdapat di wilayah jajahan Ketamadunan Penghulu Naning. Pertemuan ini merupakan penemuan sejarah yang cukup berharga kerana buat kali pertamanya dijumpai di luar wilayah jajahan takluk Penghulu Naning. Ini jelas membuktikan bahawa Kg. Bekoh dahulunya pernah menjadi jajahan takluk Ketamadunan Penghulu Naning.
Tn Azlan Sharif mendapat galakan dari nendanya yang masih hidup supaya mencari kerabat mereka di Kg Bekoh yang dimaklumkan neneknya iaitu Atuk Md. Yusof bin Mingin ( Tok Usop Ikan). Tn Azlan Sharif dibawa Tn Muhammad Adil ke rumah Atuk Yusof di Kg Baru Bekoh , walau bagaimanapun di dapati Atuk Yusof tiada di rumahnya. Kami bergegas ke rumah anaknya dan dimaklumkan Atuk Yusof sekarang berada di Wad Hospital Jasin Melaka kerana mengidap Peparu Berair. Sama-samalah kita doakn supaya Atuk Yusof cepat sembuh Aamiin yarabbal'alamin.
Menurut hemat Tn Azlan Sharif , beliau mempercayai dirinya ada pertalian darah dengan saya dari susur galur sebelah ayah saya (ibu ayah saya Sarah Bt Rantau yang sememangnya boleh berlogat Negori Sembilan). Sememangnya Atuk Yusof Bin Mingin ada pertalian darah saudara dengan nenek saya (Sarah Bt Rantau) manakala di sebelah ibu saya ( bapa ibu saya yang bernama Saadon Bin Mat Akip juga merupakan orang asal di Sg. Chohong , Bekoh Johor). Arwah Nenek Che Wa iaitu nenek saudara saya yang tinggal di Batu Anam, Segamat Johor bernama Fatimah Bt Mat Akip ada menceritakan pada saya di hadapan ibu saya semasa ziarah pada Hari Raya, 2 tahun lalu yang Moyang saya Mat Akip ini merupakan orang minang dari Sumatera. Minang dari Naning mahupun Sumatera pasti ada pertalian darahnya dari rumpun yang sama.....والله أعلمُ بالـصـواب
Antara video penerangan oleh Tn Azlan Sharif:
Antara gambar pencarian:
Lokasi Pertama di Tanah Persendirian (Milik Cina) di Kg Buyan, berhampiran Kg Dok 1.
Perkongsian Tn Azlan Sharif di wall FB beliau:
Lokasi Kedua di Kg Dok 4 di belakang Kilang Ayam Leong Hup.
Perkongsian Tn Azlan Sharif di wall FB beliau:
Lokasi Ketiga di kawasan Perkuburan Kg. Bekoh
Tn Muhammad Aidil Bin Abu Bakar menjelaskan pernah suatu ketika dahulu semasa arwah Atuk Talib Bin Maarof masih hidup, arwah ada memberitahu kepada beliau yang Kubur Bernisankan Batu Megalith berbumbung ini adalah Moyang dari susur galur beliau yang merupakan pengasas Kg. Bekoh . Manakala menurut Tn Shahiril Bin Sapingi kubur sebelah kanan yang tinggi nesannya itu adalah kepunyaan Moyang Meon dari salur galur beliau yang juga berkait dengan kerabat saya.
والله أعلمُ بالـصـواب
Dengan izin Allah S.W.T ditakdirkan Allah S.W.T akan Tn Azlan Sharif terjumpa kubur Ibu Arwah Tun Sulaiman Ninam Shah dimana ada pertalian darah dengan beliau..... Al Fatihah
Perkongsian Tn Azlan Sharif di wall FB beliau:
Perkongsian seterusnya Tn Azlan Sharif di wall FB beliau:
Tapak Asal Masjid Jamek Kg. Bekoh bersebelahan Balai Polis Belading, Bekoh Tangkak, Johor
Ini perkongsian saya di wall FB saya lalu:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=476290459205299&id=100004730474124
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=475342719300073&id=100004730474124
Berhenti ngeteh di warung Pakcik Adam setelah misi selesai Alhamdulillah. Tn Azlan Sharif membuat sedikit rumusan dan memberi cadangan bagaimana untuk mohon peruntukan melalui Wakil Rakyat bagi mewartakan kawasan perkuburan Batu Nisan Megalith di Kg Bekoh ini untuk menjadi Warisan Arkib Negara Malaysia yang semestinya mempunyai sejarah yang perlu dijaga untuk tatapan dan pedoman generasi akan datang.
💗💗 Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih Kepada💗💗
Tn Azlan Sharif
Tn Muhammad Johan Jauhar
Tn Muhammad Adil Bin Abu Bakar
di atas kesudian berkongsi ilmu mengenai Sejarah Kubur Bernisan Megalith di Kg. Bekoh, Tangkak
Ledang Johor kepada saya. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa murni tuan bertiga.
مِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Al Fatihah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan