Agak lama juga saya tidak aktif diblog ini memadangkan agak sibuk dengan tugas seharian. Penulisan ini telah lama saya karang (1.5.2017) cuma tidak kesempatan hendak terbitkan di blog saya kerana sibuk dengan tugas seharian. Penulisan ini bukan merupakan kajian ilmiah namun boleh dijadikan sebagai sumber rujukan sampingan pengkaji-pengkaji diluar sana. Saya sememangnya tidak pandai dalam mengarang ayat. Saya menulis apa yang digerakkan Allah S.W.T dalam hati ini. Kebiasaannya saya aktif di fb sje.
Untuk kali ini saya akan berkongsi suatu penemuan terulung dalam dunia arkelogi purba alam melayu iaitu penemuan sebuah Makam lama di Kg Chohong , Jasin Melaka dengan 100 makam lain. Sebelum ini telah ramai pelawat tempatan mahupun luar melawat makam ini yang juga dilawati oleh pengkaji sejarah tempatan.
Pada 1.5.2017 jam 6 ptg, saya bersama Imam Jamaludin (Imam Surau Kg Dok Bekoh) dan anaknya Umar telah menziarah makam Nisan Belimbing di Kg Chohong Jasin Melaka. Makam ini telah diwartakan oleh PERZIM untuk kajian arkelogi mereka.
Saya hanya ingin berkongsi beberapa gambar disekitar makam tersebut. Menurut hemat dan penelitian saya, makam ini meliputi sebuah Kerajaan Tamadun Kesultanan Melayu Islam yang mempunyai susunan lapis organisasi Sistem Beraja. Boleh dilihat pada dilampirkan ada Makam Sultan juga mungkin bersama Permaisuri di sebelahnya. Disitu juga terdapat beberapa makam yang bernisankan bentuk tertentu. Ada bernisankan bentuk "belimbing" dan ada yang bernisankan bentuk "serban".
Dari pengamatan saya, nisan yang berbentuk Belimbing ini kemungkinan wujud sekitar kurun ke 12 iaitu dimana membuktikan telah wujud Tamadun terawal Kesultanan Melayu Islam Melaka sebelum kedatangnya Parameswara / Raja Iskandar Syah (1400-1414M) ke bumi Melaka yang dimana ada diceritakan orang-orang dahulu tentang Kerajaan "Lang Buana". Dimana kisah ini telah diadaptasikan dalam sebuah filem lakonan pelawak-pelawak negara bertajuk "Senario-Lang Buana" pada 2003.
Kawasan Makam tersebut terletak tidak jauh dari Sungai Kesang yang menghala ke Muar. Seperti yang sedia maklum jaringan pengangkutan air adalah merupakan pengangkutan utama dan penghubungan pada zaman dahulu. Kemungkinan disini suatu masa dahulu merupakan perlabuhan perdagangan yang aktif untuk memperolehi hasil sumber hutan seperti rotan, gambir, buluh, damar, madu, ubat-ubatan herba dan sebagainya kerana laluan Sg. Chohong yang menghala ke Utara akan menemui Kg Bekoh (tempat tinggal penulis) yang berhampiran banjaran Gunung Ledang.
Perkataan Chohong itu sendiri berasal dari perkataan kapal dagang yang namanya “Chu Hong”.Ceritanya, pada masa dahulu Sungai Kesang yang terletak di Chohong memang besar dan digunakan untuk urusan pengangkutan serta perdagangan. Sungai Kesang yang memisahkan Kampung Chohong (Melaka) dan Kampung Sialang di Tangkak (Johor) merupakan salah satu lokasi perdagangan yang dikunjungi ramai pedagang dari China.Kapal Chu Hong ini adalah salah satu kapal yang sering berlabuh di sungai tersebut. Penduduk kampung pada ketika itu sering berurusan dan bila di Tanya hendak ke mana mereka akan menyebut “nak ke kapal Chu Hong”.Lama kelamaan sebutan itu menjadi lebih ringkas, mereka akan menyebut “nak ke Chu Hong” dan kerana itulah penduduk menggelarkan kampong itu sebagai Kampung Chohong.
Sedikit info (Diceritakan Imam Jamaludin Karim yang diperolehi dari En Razak Abd Rashid, 36 Penjaga Makam):
a) Makam Sultan - Raja Suran Demang Lebar Daun
b) Makam Aulia - Susur Galur Sunan KaliJaga
c) Penjaga kompleks makam - En Razak Abd Rashid
P/S: Tidak kesempatan berjumpa En Razak Abd Rashid krna beliau ada urusan lain. Walau bagaimanapun ucapan tahniah diatas En Razak Abd Rashid dan sukarelawan yang bergotong-royong memelihara makam ni. Hanya Allah membalas usaha murni kalian semua Aamiin
Memetik artikel blog Utusan bertajuk "Penemuan batu nisan lama di Kg. Chohong"
Menurut Mohd. Nasruddin yang juga Pengurus Besar ISMM, penemuan tersebut adalah hasil maklumat yang diterima daripada penduduk kampung serta ahli Warisan yang melakukan kajian secara berterusan di kawasan itu dan hasilnya, mereka turut menemukan artifak seperti kubu, struktur bangunan serta tembikar dan cincin.
Beliau berkata, ini merupakan penemuan kali pertama kubur lama yang diperbuat daripada batu laterite dan pihaknya yakin ia mempunyai kaitan dengan tinggalan sejarah di Acheh, Indonesia kerana terdapat penemuan batu jenis itu di sana sebelum ini.
Al Fatihah
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ آمِيّنْ...
#MelayuBerilmuIslamBerdaulat

En Razak Abd Rashid

Makam Raja Suran Demang Lebar Daun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan