Rabu, 2 Mei 2018

Hilangnya Sebuah Tapak Warisan Tua Melayu Islam Kewalian Songo dibumi Ledang (Masjid Jamek Bekoh, Ledang, Johor)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allah Hu Akbar Allah Hu Akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui Segala-galanya
Ku hanya Hamba mu yang lemah, berilah ku kekuatan untuk Amar Makruf Nahi Mungkar..ku tidak mahu bala menimpa sahabat, saudara dan Seagama dengan ku...Aaamiiinnn

Isu Berbangkit dan Kemusykilan Masjid Jamek Bekoh diroboh

Isu ini bermula apabila tindakan meroboh dan menjual binaan Balai Islam Kg Bekoh (Masjid Jamek Bekoh) di bawah kelulusan sebahagian besar Jawatankuasa Masjid Jannatul Mawa. Mesyuarat pada 03 Januari 2015 yang merupakan Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Bil 1 yang Kali pertama ada membincangkan usul meroboh dan menjualkan Masjid Jamek Bekoh, sememangnya dimana Timb. Pengerusi Masjid dan imam 1 tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan manakala saya juga tidak dapat hadir kerana sedang berada di Batu Pahat bagi menduduki Ujian Akhir pengajian saya di UTHM. Untuk Minit Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Jannatul Mawa Kg.Bekoh Bil 11/2013 28.05.2013 jam 9.00 mlm pada para 4.6 hanya tercatat usul En Jamaludin supaya Pengerusi ( En Arshad) segera memperolehi Surat Status Keselamatan Bangunan Balai Islam. Tiada dipersetujui oleh barisan AJK Masjid Jannatul Mawa untuk meroboh mahupun menjualkan binaan Balai Islam (Sila rujuk gambar di bawah).

                Sewajarnya sebarang keputusan utk meroboh dan menjualkannya wajib dimaklumkan pada Timb. Pengerusi Masjid, Imam 1 dan saya sebagai Ketua Biro Rakan Muda Masjid setelah mesyuarat itu selesai memadangkan kami bertiga adalah AJK Jawatankuasa Masjid. Namun tiada apa-apa dokumen rasmi persetujuan atau Minit Mesyuarat diperolehi. Walaupun Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Jannatul Ma'wa kali ke 2 yang sepatutnya menjadi Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Bil 2 2015 yang mengfokuskan persediaan Program Maulidur Rasul pada 02 Februari 2015 diadakan, saya masih juga tidak menerima apa-apa Minit Mesyuarat Bil 1 2015 yang kali pertama itu tadi yang memutuskan Masjid Jamek Bekoh diroboh dan dijual. Gambar di bawah menunjukkan balasan mesej Whatsapp Timb. Pengerusi Masjid mengenai keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Bil 1 yang Kali pertama. 




                  Pada Mesyuarat Kali ke 2 hanya membincangkan perlantikan AJK Program dan Takwim Majlis Maulidur Rasul. Sehinggalah pada 08 Februari 2015 apabila Mesyuarat Jawatankuasa Masjid kali ke 3 barulah saya menerima Minit Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Bil 1/2015 ( SIla rujuk gambar di bawah). Timbul persoalan dihati saya bagaimana Minit Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Bil 1 yang bertarikh 03 Januari 2015 baru diperolehi pada Mesyuarat Jawatankuasa Masjid kali ke 3? Mengapa Minit Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Bil 1 (kali pertama) tidak diberi pada masa Mesyuarat Jawatankuasa Masjid kali ke 2? yang membincangkan Program Maulidur Rasul sebagai Agenda Mesyuarat. Namun untuk usul dan keputusan lalu seperti Hal meroboh dan menjual Masjid masih boleh diletakkan pada fasa "Perkara-perkara berbangkit'. Jika Minit Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Bil 1 diterima AJK Masjid pada masa Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Kali 2 (Mesyuarat Maulidur Rasul) pasti usul meroboh dan menjualnya dapat dibangkitkan semula dan seterusnya dapat menyelamatkan Masjid Jamek Bekoh dari diroboh dan dijual kerana tarikh dirobohnya adalah pada 22 Februari 2015.  


Minit Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Bil 1/2015

                   Saya melihat ianya seolah-olah disorokkan dari pengetahuan kami dan keputusan merobohkan itu seperti dalam keadaan amat tergesa-gesa. Lagi persoalan saya ada menerima dakwaan salah seorang AJK Masjid yang ada membantah pada Mesyuarat Kali 1 akan usul meroboh dan menjual Masjid Jamek Bekoh tapi didalam Minit Mesyuarat Kali Ke 1/ Bil 1 2015 yang diperolehi tidak dinyatakan. Mengapa begitu terjadi? Tidakkah itu melanggar protokol dalam penyediaan dan penulisan Minit. Lagi kemusykilan saya mengapa Tok Arsad sebagai Ketua Kg bekoh dan Pengerusi JKKK kg bekoh tidak mewar2kan pada orang kg akan tindakan hendak meroboh dan menjual Masjid Jamek Bekoh yang boleh dibuat pada selepas solat Jumaat. 
                    Saya beranggapan niat meroboh dan menjual itu dilakukan secara senyap dan tergesa-gesa kerana tiadanya muzakarah bersama kariah masjid mahupon penduduk kg bekoh. Lagi persoalan saya mengapa Tok Arsad sebagai Ketua Kg gagal mengemukakan surat kebenaran izin meroboh dan menjual Masjid Jamek Bekoh kepada AJK Masjid Jannatul Mawa semasa Mesyuarat AJK Masjid Kali Ke 3 pada 8 Mac lalu. Tok Arsad memberi respon mengatakan permohonan ke Jabatan Agama telah dihantar dan YB Datuk Hamim pernah bercakap kepada beliau kebatasan  keupayaan untuk menyelenggara kos 2 Masjid. Alasan yang diberi tidak releven kerana untuk bangunan berusia lebih 100 tahun yang mana Masjid Jamek Bekoh dibina pada tahun 1898 boleh mendapat peruntukan dari Jabatan Warisan Johor untuk dibaikpulih memadangkan senibinanya mempunyai nilai-nilai Islam Kewalian Songo yang mahsyur di Nusantara. 
                  Hal ini dikuatkan lagi dengan dakwaan pihak Madrasah Syeikhul Ariffien di Simpang Bekoh, Jasin, Melaka yang senibinanya dibina 7 tingkat dari anak tangga ke bumbung (Martabat 7- ilmu Tarekat yg mahsyur di Nusantara). Tiang 6 batang tiap-tiap baris dalam masjid menggambarkan angka yang ada kaitan dengan konsep pembinaan dalam Islam. Saya dimaklumkan Imam Surau Kg Dok Bekoh En Jamaludin yang juga salah seorang JKKK Kg Bekoh yang mana pihak Madrasah ada menceritakan hal keistimewaan senibina Islam Kewalian Songo pada Masjid Jamek Bekoh pada Tok Arsad namun Tok Arsad masih mahu meneruskan usaha meroboh dan menjualnya untuk menunaikan hasrat membina “Dewan Transformasi Balai Islam” dalam anggaran RM400 ribu hingga RM600 ribu seperti tercatat dalam Minit Mesyuarat Jawatankuasa Masjid Jannatul Ma’wa kg bekoh bil 1/2015. 
                   Imam Jamaludin juga agak terkilan dan sedih dengan tindakan Tok Arsad yang tergesa-gesa cepat membuat sesuatu sebelum dibuat perbincangan terbuka dengan orang-orang kg bekoh untuk diperhalusi tindakan merobohkan Masjid Jamek Bekoh. Ianya diluahkan pada saya ketika berbual dengan beliau pada malam 14 Mac selepas solat isyak di warung bekoh. Disini saya beranggapan adakah ada usaha-usaha nak mengejar projek untuk kepentingan diri dan kroni sehingga sanggup mengadai khazanah senibina Islam yang mempunyai nilai sejarah yang tinggi? Lagi timbul persoalan difikiran saya takkan dengan hanya keputusan Minit Mesyuarat JKKK Kg dan JK Masjid (Masih diragui keesahannya kerana hanya sebahagian kecil bersetuju) mampu untuk merobohkan sebuah bangunan milik kerajaan negeri? Adakah sememangnya keputusan meroboh dan menjual bangunan Balai Islam Bekoh ini tanpa pengetahuan dan keizinan Ahli Parlimen? Bermacam kemusykilan yang meragukan dalam fikiran saya akan isu ini? Biarlah Allah S.W.T yang membalasnya sekiranya benar wujud ketirisan dan penyalahgunaan kuasa dalam isu ini.

Berikut adalah catatan rumusan pribadi Timb. Pengerusi Masjid Bekoh yang diedarkan pada semua barisan AJK Masjid Jannatul Mawa untuk rujukan mengenai isu berbangkit ini.




Tn Hj Ramli Bin Hj Abdul Rahman (Mantan Bilal Masjid Jamek Bekoh) yang turut 
membantah usaha meroboh dan menjual binaan Masjid Jamek Bekoh
http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/penduduk-kesal-masjid-8232-lama-kampung-bekoh-dirobohkan-1.70138


Kerja meroboh bangunan Masjid Jamek Bekoh pada 22.2.2015









Antara Keistimewaan Senibina Masjid Jamek Bekoh : 

1)    Menyerupai Senibina Masjid Agung Demak di indonesia dan dan Masjid Sunan Kalijaya, Kadilangu

Demak yang menjadi pertemuan Wali Songo untuk berdiskusi  ilmiah https://gateofjava.wordpress.com/…/masjid-agung-demak-lege…/ 


Rupa bentuk asal Masjid Jamek Bekoh 1898

Balai Islam Kg. Bekoh setelah diturun taraf yang dahulunya Masjid Jamek Bekoh 
(Gambar sebelum diroboh pada 22.02.2015)


Masjid Agong Demak, Indonesia

Masjid Sunan Kalijaga, Indonesia

         2)    Senibina bumbung di bina dengan adanya Takhalli,Tahalli,Tajalli.



                      Takhalli - ertinya berusaha membersihkan diri dari laku perangai yg tercela.
                      Tahalli   - ertinya berhias, maka berhias lah diri dgn sifat terpuji.
                      Tajalli    - ertinya jelas nyatalah jln kepada Allah S.W.T
      
                      ( Sumber ; En Malek Ab / fb )


Beberapa gambaran sudut belah luar dan dalam Masjid Jamek Bekoh














 (Ehsan oleh Tuan Radzi Sapiee / http://artmelayu.blogspot.my/2011/09/masjid-jamek-main-mosque-of-bekoh.html )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan