Segala puji bagi Allah Raja Maha Agung Sekelian Alam yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Hari ini, tergerak di dalam hati nak terbitkan artikal mengenai "The Great Moyang ku Pendekar Awang". Setinggi penghargaan diucapkan kepada Poklong ku yang sudi menunjukkan kubur kerabat saudara dari salur galur Pendekar Awang yang terletak di kawasan perkuburan Kg. bekoh pada ku. Dapatlah juga ku ketahui sedikit salur galur keturunan belah nenek belah ayah ku ini. Namun yang terkilan sedih di hati, kubur Allahyarham Pendekar Awang tidak diketahui lokasinya oleh sesiapa. Usaha pencariannya akan saya teruskan dengan izinNya inshaAllah.
Nama penuh nenek belah ayah ku ini ialah Hjh Saharah Binti Rantau, Bapanya Rantau Bin Awang. Awang ini lah Datuk kepada nenek ku ini. Atuk ku ( Hj Abdul Rahman Bin Said) pernah berkata pada poklong ku yang isterinya bukan calang-calang orangnya. Diceritakan oleh ayah ku dan juga turut diakui poklong ku, Pendekar Awang ni adalah salah seorang Hulubalang Melaka yang bertugas menjaga hasil urusan perdagangan di sekitar negeri Melaka yang pada waktu itu di bawah jajahan Inggeris (British) pada pertengahan kurun ke 18.
Pada 24.01.2016, saya bersama Poklong, Makdak, Abgah Zainal (suami kakgah Hanim) & Kakgah Hanim (Sepupu) pergi menziarah adik nenek Hjh Saharah Binti Rantau di Kg Duyung, Melaka. Nenek Busu Maimon Binti Rantau Bin Pendekar Awang ada berkongsi cerita tentang kehebatan Pendekar Awang ini kepada kami. Dikatakan Pendekar Awang ini sangat digeruni oleh lanun-lanun sewaktu hayatnya. Pernah suatu kejadian apabila lanun-lanun ingin menyerang barangan perdagangan yang dibawanya, Pendekar Awang terus menghentak kakinya lalu menyebabkan bergegaran tanah di sekitarnya, lalu bertempiaran lah lari lanun-lanun tadi. Niat di hati saya menulis kisah ini bukannya hendak berasa gah atau riak dengan kehebatan Tok Great Moyang saya ini, hanya sekadar ingin berkongsi kisah sejarahnya buat generasi muda yang bersalur galur belah nenek Hjh Saharah saya. Semoga dengan kisah kehebatan beliau menjadi pembakar semangat dan inspirasi buat keturunan salur galur generasinya untuk terus melakar kejayaan di dunia dan di akhirat. Allahhu Akbar
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba yang soleh Aamiin Ya Rabbal Alamin
Al Fatihah
Kubur Allahyarham Bacik Bin Pendekar Awang. Beliau merupakan bapa saudara nenek saya Hjh Saharah Binti Rantau.
Poklong ku sedang membersihkan permukaan nisan untuk melihat catatan pada kubur Allahyarham Bacik Bin Pendekar Awang
Kubur Allahyarham Said Bin Langan ( Bapa kepada atuk saya belah ayah / Moyang ku ) meninggal dunia pada bulan safar 1929. Moyang Sanimah kata Moyang Said (suaminya) meninggal dunia selepas Atuk Hj Abdul Rahman Bin Said lahir beberapa bulan. Punca kematian demam panas setelah balik dari berkelah di Lubuk Kedundong, air terjun Asahan, Jasin Melaka.
Kubur Allahyarham Bacik Bin Pendekar Awang (sebelah atas berhampiran pagar) manakala kubur Allahyarham Said Bin Langan ( Bawah ).
24.01.2016, saya bersama Poklong, Makdak, Abgah Zainal (suami kakgah Hanim) & Kakgah Hanim (Sepupu) pergi menziarah adik nenek Saharah Binti Rantau di Kg Duyung, Melaka
Di belakang saya ialah Atuk Busu Maimon Binti Rantau, nama panggilan Atuk Busu Mon
Sarimah bertudung hitam (Anak Atuk Busu Mon, Rumahnya depan rumah Atuk Busu Mon).
Video : "Menelusuri salasilah kerabat arwah Saharah Bt Rantau Bin Pendekar Awang"
Bertemu bual dengan Atuk Md. Yusof Bin Mingin mengenai latar belakang salasilah Kerabat arwah Saharah Bt Rantau Bin Awang (Susur Galur Pecahan Suku Adat Pepatih Naning Suku 3 Batu). Kubur Bernisan Batu Megalith dikawasan perkuburan Kg Bekoh adalah Kubur Meon iaitu Nenek kepada Rantau dan moyang kepada Saharah. Datuk kepada Atuk Md. Yusof yang bernama Bacik adalah adik beradik dengan Rantau ada 5 adik beradik semuanya. Kubur lama diKg Buyan dikatakan milik "Raja Kuning". Pakcik Mustapa (Tapah) turut menyokong hujah penceritaan Atuk Md. Yusof itu tentng kubur lama diKg Buyan berhadapan lorong Kg Dok 1 dikatakan orang dahulu-dahulu ianya bersalur galur dengan kerabat Sultan Pahang. Wallahualambissawab....
Sumber rujukan :
1) Leftenan Kolonel (B) Ramli Bin Hj Abdul Rahman (Poklong ku)
Capture screen dari whatsapp Hanim Binti Ramli (Sepupu ku)
2) Atuk Md. Yusof Bin Mingin
💓💓Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada💓💓
Leftenan Kolonel (B) Ramli Bin Hj Abdul Rahman (Poklong ku)
Pn Hanim Bt Ramli (Sepupu ku)
Atuk Md. Yusof Bin Mingin (Sepupu Nenek ku Hjh Saharah Bt Rantau
di atas kesudian berkongsi ilmu dalam melengkapkan penulisan artikal ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa murni kalian semua
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Akhir kata segala kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi dari pihak saya. Jika ada kekurangan atau kesilapan fakta / maklumat boleh diajukan pada no WhatsApp ini 0197567902, Sekian terima kasih.
"Takkan Melayu Hilang didunia, selagi menurut syariat Islam"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan