Khamis, 20 Ogos 2020

Keris Pusaka Tok Great Moyang Ku Pendekar Awang

 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur segala puji bagi Allah SWT Tuhan & Raja Pencipta dan Pemilik Arasy yang Maha Agung Sekelian Alam yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin. 

Dipagi hari Awal Muharram 1442, berkesempatan melihat sendiri satu-satunya keris peninggalan pusaka Allahyarham Tok Great Moyang Ku Pendekar Awang yang banyak berjasa pada ABATA dan juga berkemampuan dalam rawatan tradisional di alam melayu. Untuk pengetahuan semua, Atuk Md. Yusof pernah menyerahkan keris ini kepada saudara lain di Melaka. Namun terpaksa dipulangkan oleh saudara yang menyimpannya kerana tiada keserasian maka dituntut oleh Abang Nasir yang merupakan anak lelaki Atuk Md. Yusof Bin Mingin. 

Pemegang amanah bagi keris pusaka ini ialah Kak Yati iaitu anak perempuan Atuk Md. Yusof Bin Mingin. Antara keistimewaan keris pusaka ini, ianya boleh membantu merawat orang yang terkena gangguan sihir dan boleh digunakan untuk memutuskan penjanjian saka. Ada juga beberapa kelebihan lain yang Atuk Md. Yusof ceritakan, biarlah ianya menjadi rahsia bagi menjaga sensitiviti masyarakat. 

Yang pastinya hanya hamba yang soleh sahaja yang menjadi pilihan keris pusaka ini untuk menjadi pemegang amanah untuk menyimpan dan mengunakannya. Semuanya dengan izin Allah SWT, zat yang  MahaAgung, MahaBerkuasa, MahaBijaksana, MahaMengetahui dan Maha segala-galanya. Allahhu Akbar. Nekadkan dalam hati dan bergantung hati bertawakal kepada Allah SWT. Wallahualambissawab.








Semoga roh Allahyarham Tok Great Moyang Ku Pendekar Awang bersama hamba yang soleh dan dirahmati hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin...Al Fatihah

Sumber rujukan  : 

1) Atuk Md. Yusof Bin Mingin Bin Bacik Bin Pendekar Awang 
2) Nasir Bin Md. Yusof

Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada:

Atuk Md. Yusof Bin Mingin

Nasir Bin Md. Yusof

diatas kesudian berkongsi ilmu dalam melengkapkan penulisan artikal ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa murni kalian semua
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Akhir kata segala kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi dari pihak saya. Jika ada kekurangan atau kesilapan fakta / maklumat boleh diajukan pada no WhatsApp ini 0197567902, Sekian terima kasih. 

"Khursani raksa nama asalku,
Besi tua di tanah Jawa,
Daulat budaya bangsa ku
Takkan Melayu Hilang didunia

........................selagi menurut syariat Islam"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan