بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah syukur segala puji bagi Allah SWT Tuhan & Raja Maha Agung Sekelian Alam yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Artikal untuk kali ini adalah kesinambungan dari artikal sebelum ini iaitu "The Great Moyang Ku Pendekar Awang" yang mengisahkan tentang penemuan kubur anak Allahyarham Pendekar Awang yang bernama Bacik Bin Pendekar Awang di kawasan perkuburan Islam Kg. Bekoh. Semoga penuliasan artikal ini dapat memberi manfaat untuk generasi akan datang khususnya yang bersalur galur dari salahsilah keturunan Allahyarham Pendekar Awang.
Benarlah kata seorang Sheikh, setiap sesuatu itu semuanya dibawah perancangan Allah SWT dan ada hikmah di sebaliknya. Mulanya dengan pelawaan Ustaz Yusran yang merupakan mantan GPK Koko SK Bandar Tangkak untuk hendak makan kari kambing di simpang bekoh dalam group whatsapp lelaki pekasa SKBT pada malam jumaat hari khamis 13.08.2020. Terus tergerak di hati bersetuju sertai program santai ngeteh dan makan kari kambing seperti yang di rancang Ustaz Yusran pada pagi hari Jumaat esoknya 14.08.2020.
Keesokan harinya, apabila sampai di warung kari kambing saya terperasan Atuk Md. Yusof Bin Mingin yang juga sedang bersarapan di warung yang sama. Tergerak dalam hati ni kalau sambung temuramah tentang Allahyarham Pendekar Awang memang syok ni. Tapi melihatkan Ustaz Yusran dah menunggu dan janji nak makan kari kambing terpaksa kita layan tetamu yang hadir ni dulu. Sayangnya aduhai, kari kambing dah abis. Mau tak abis jam 10 pagi baru sampai rombongan 5 orang geng Ustaz Yusran dari muar ni ermmm sabau ajelah respon aku. Akan datang kita kasi seting awal-awal tempah sebelum jam 9 pagi warung ni, kecuali hari Selasa & Rabu kerana itu off day warung, ujar saya pada Ustaz Yusran. Jadi mereka bedal apa yang ada lauk keli dan lain-lain jadilah syukur.
Bila rombongan Ustaz Yusran dah pulang, aku terus jumpa Atuk Md. Yusof Bin Mingin yang masih tengah ngeteh. Apa lagi dengan penuh semangat aku kasi on video handphone ku dan minta izin untuk rakamkan perbualan aku dengan Atuk. Atuk bersetuju maka bermulalah penceritaan atuk yang penuh ilmu sejarah dan kadang kala diselitkan perkara makrifat. Ada penceritaan Atuk yang saya tidak sempat nak rakam video, tidak mengapalah cukup menjadi ingatan azimat untuk diri.
Yang bahagian penting tentang Allahyarham Pendekar Awang memang saya dah siap sedia merakamnya. Dalam penceritaan atuk, ada menyebut kubur Allahyarham Pendekar Awang terletak di kawasan kubur lama Kg. Dok 4 di belakang kilang ayam Leong Hup. Saya amat terkejut kubur lama itu sememangnya di hadapan kebun getah ayah saya. Dahulunya memang semak samun dan ayah saya lah orang yang membersihkan dan ada menanam pisang sedikit di kawasan tepi perkuburan lama itu. Saya juga pernah membantu ayah saya membersihkan kawasan kubur lama itu. Memang saya perasan ada kubur batu tinggi yang besar (Batu Megalith), juga beberapa kubur lama di situ namun tidak mengetahui siapa pemiliknya hinggalah pada hari Jumaat 14.08.2020 segala misteri tentang kubur lama itu terbongkar di mulut Atuk Md. Yusof. Sekarang kawasan perkuburan lama ini di bawah pengurusan & penyeliaan Pejabat Agama Daerah Tangkak, manakala Encik Aidil diberi amanah untuk bertanggugjawab membersih dan juga di benarkan menanam pokok kelapa sawit. Boleh lihat video di bawah untuk info selanjutnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan