Selasa, 1 Mei 2018

Sejarah Asal Usul Kg Bekoh, Tangkak Ledang, Johor


Sejarah Asal Usul Kg Bekoh


Versi Pertama




Sumber rujukan : Buku Tangkak Dari Persektif Sejarah (Penulis; Cikgu Zainurin Sahir)


Facebook Cikgu Zainurin Sahir :  https://www.facebook.com/zainurin.sahir




Versi Kedua


Menurut Tok Othman yang merupakan mantan Ketua Kg Bekoh dari mesej Whatsapp beliau seperti di atas. Nama Kg Bekoh menurut cerita dari mulut ke mulut, sempena dari "Perang Gubah". Ada suami isteri lari ke bekoh semasa mereka meneroka hutan terjumpa pohon "Buah Serengkoh". Buah ini tidak memabukkan boleh dimakan, jadi mereka menghilangkan dahaga mereka dengan memakan buah tersebut, atas nama buah itu mereka menamakan ambil sempena buah tersebut. 

Saya mengangap perkataan "bekoh" diambil dari gabungan perkataan "buah" dan "Serengkoh". Bu + koh apabila disebut berulang kali menjadi "Bekoh" .....Wallahualam bissawab

 Tok Hj Othman Bin Ismail 
(Berbaju Kot Merah Hati / Penerima Pingat Gagah Berani PGB keatas 
jasanya membunuh komunis di zaman Darurat PKM)

              Beliau adalah seorang pesara tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang telah berkhidmat diwaktu zaman Darurat Komunis Malaya. Atas keberanian beliau telah membunuh banyak komunis dan berjaya dalam setiap operasi menghapuskan komunis. Beliau telah dianugerahkan Pingat Gagah Berani (PGB) oleh Kerajaan Malaysia. 

Menurut pencarian saya di Google, "Buah Serengkoh" atau "Serengkung" yang dipanggil sesetengah tempat sememangnya wujud ianya sejenis pokok renek. Gambarnya belum dijumpai sehingga kini. 



Versi Ketiga




Facebook Pn Sha Hanim Bt Ramli : https://www.facebook.com/shahanim.sha

Dari penceritaan sepupu saya Pn Sha Hanim Bt Ramli. Pn Hanim Bt Ramli ada menyebut dalam penulisan Novel nya "nama Bekoh berasal dari perkataan "Boko" iaitu sebuah negara Ratu Saba (Ratu Balqis) yang mempunyai kaitan misteri dengan Gunung Ledang yang berhampiran Kg. Bekoh. 


Latar Belakang Sejarah Penduduk Kg Bekoh

                 Suatu masa dahulu Negeri Sembilan dibawah kekuasaan Johor. Almarhum Raja Haji Bin Almarhum Raja Asil (Yg Dipertuan Rembau II) Bin Almarhum Raja Adil (Yg Dipertuan Muda Rembau I) telah berhijrah ke kg bekoh pada kurun ke 18. Anak YTM Rembau sekadar menumpang mendiami di Kg Bekoh. Kg Bekoh juga sebagai tempat persinggahan masyarakat Naning dan Rembau. Oleh kerana itu didapati ada penduduk Kg Bekoh yang tahu berbahasa loghat Negeri Sembilan. Nenek saya Arwah Sarah Bt Rantau sendiri tahu berbahasa loghat Negeri Sembilan. Dikatakan oleh YM Wan Fauzi B YM Wan Idris wilayah Naning hingga ke Kg Bekoh. Turut diakui olehi Sepupu perempuan saya belah poklong saya Pn Hanim Bt Ramli mengatakan Kg Bekoh ini dahulunya pernah dibawah jajahan takluk 3 Negeri iaitu Naning ( Sebahagian Wilayah Selatan Negeri 9 dan Utara Melaka) kemudian beralih ke Melaka dan akhirnya jatuh ke Johor semasa Dinasti Kesultanan Bendahara Johor. 

                  Orang Rembau tidak banyak di Kg Bekoh namun orang Naning yang memang banyak dan juga bertanggungjawab membuka penempatan-penempatan lain di kawasan sekitar Kg Bekoh seperti Asahan, Chabau dan Nyalas. Kisah YTM Rembau ini, YM Tn Wan Fauzi Bin YM Tn Wan Idris perolehi dari sumber lisan dr Almarhum Dato’ Dagang N9 Ahmad Shah Bin Abdul Samad pada sekitar tahun 2002/2003 semasa mengenali Almarhum Dato Dagang semasa ayahnya dalam perkhidmatan tentera.

                  Mengenai tahun pembukaan Kg Bekoh tiada satu pun catatan bertulis ditemui hingga kini. Yang di ketahui hanyalah penceritaan lisan dari salah seorang Kerabat Temenggung Muar iaitu YM Tn Wan Fauzi B YM Tn Wan Idris yang bermastautin di Segamat Johor. Monumen terawal di Kg Bekoh ialah Masjid Jamek Bekoh yang dibina pada Tahun 1898 hasil penceritaan lisan oleh Hj Ramli Bin Hj Abdul Rahman (Mantan Bilal Masjid Jamek Bekoh). Diketahui tapak tanah Masjid Jamek Bekoh ini telah diwakafkan oleh Penghulu Tok Bujal yang merupakan Penghulu pada masa itu merangkap penasihat Sultan Ali Iskandar Shah (Sultan Johor ke 19) iaitu Sultan Johor terakhir dr Dinasti Bendahara (1835 – 1855). https://ms.wikipedia.org/wiki/Sultan_Ali_Iskandar_Shah

                   Pernah suatu ketika dahulu, semasa saya minum di warung Simpang Bekoh bersama En Suratman dan seorang pakcik india. Diceritakan oleh pakcik india itu dahulunya Sg. Chohong yang terletak bersempadan antara Melaka dengan Johor yang lokasinya bersebelahan Kg. Bekoh adalah merupakan sebuah perlabuhan yang sibuk. Seperti yang sedia maklum jaringan pengangkutan air adalah merupakan pengangkutan utama dan penghubungan pada zaman dahulu. Laluan Sg Chohong menghilir ke Kg Chinchin , Jasin Melaka bersebelahan Makam Nisan Belimbing ( Dipercayai Tamadun Melayu Islam Terawal pada kurun ke12) yang seterusnya ke hulu Sg Kesang seterusnya ke Selat Melaka.

                   Saya menyakini bahawa ada pertalian hubungan perabadan sejarah antara penempatan Melayu Islam Chinchin (Makam Nisan Belimbing) dengan masyarakat Melayu Islam di Kg Bekoh. Dari penelitian kajian saya bersama Imam Jamaludin (Imam Surau Dok/ Urusetia Madrasah Sheikhful Arrifin Simpang Bekoh) ketika menziarahi Makam Nisan Belimbing. Di beritahu oleh penjaga kawasan makam itu akan terdapat kubur seorang Aulia dari salur galur Sunan Kalijaga. Penjaga makam mendapat amanat melalui mimpi. Makam bernisan seperti serban seperti gambar dibawah ini kemungkinan kubur aulia tersebut. Apabila melihat ciri senibina Masjid Jamek Bekoh ada mempunyai ciri-ciri persamaan pada senibina Islam Masjid Agong Demak di Indonesia. Seperti yang tercatat dalam sejarah di Demak Indonesia  Sememangnya Masjid Agong Demak berfungsi sebagai tempat para-para intelekual Islam dan Aulia-aulia Wali Songo bermuzakarah dan juga menjalankan penyelidikan ilmiah mereka disamping menjalankan usaha dakwa mereka. Keadaan senibina Masjid Jamek Bekoh yang mempunyai elemen senibina Islam bercirikan Masjid Agong Demak membuktikan pengaruh Aulia Keturunan Sunan Kalijaga yang pernah mendiami masyarakat Penempatan Melayu Islam di Chohong ada diserap bawa masuk oleh Penghulu Tok Bujal.




Facebook Yang Mulia Wan Fauzi B Yang Mulia Wan Idris : https://www.facebook.com/fauzi.vanidris


(YM Wan Fauzi B YM Wan Idris berbaju Melayu Merah Hati
bersama kariah Masjid Jannatul Mawa, Kg Bekoh pada 15 Mei 2015 )


Dari penceritaan sahabat FB saya, Yang Mulia Wan Fauzi B Yang Mulia Wan Idris yang merupakan Kerabat Temenggung Muar. Bekoh adalah kawasan Penghulu Tok Bujal. Penghulu Tok Bujal merupakan penasihat Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussain Muazzam Shah (Yg Dipertuan Kesang) yang merupakan Sultan Terakhir dari Dinasti Bendahara Johor (Sultan Abdul Jalil) yang kemudianya diserahkan kepada Temenggong Seri Maharaja Abu Bakar  Ibni Almarhum Tun Daeng Ibrahim Dinasti Temenggong Johor.


Rupa bentuk asal Masjid Jamek Bekoh 1898

Masjid Jamek Bekoh sebelum diroboh

Masjid Agong Demak

Masjid Sunan Kalijaga

Senibinaan Masjid Jamek Bekoh Mirip Masjid Agung Demak
dan Masjid Sunan Kalijaga, Kadilangu Demak di Indonesia

Yang menjadi tempat pertemuan perbincangan diskusi ilmiah Wali Songo suatu masa ketika dulu.



💓💓Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada💓💓

Cikgu Hj Zainurin Bin Hj Sahir

Tok Hj Othman Bin Ismail

Yang Mulia Tuan Wan Fauzi Bin Yang Mulia Tuan Wan Idris

Pn Hanim Bt Ramli

di atas kesudian berkongsi ilmu mengenai Sejarah dan Latar belakang Kg. Bekoh Tangkak Ledang Johor kepada saya. Hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa murni kalian semua
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

2 ulasan:

  1. Salam Tuan Rosdi Ramli.

    Dalam petikan tuan diatas, tuan ada menyatakan nama penasihat Sultan Ali Iskandar Shah iaitu Penghulu Tok Bujal.

    Boleh tuan berikan saya pencerahan bagaimana tuan peroleh maklumat berkenaan penasihat sultan yang tuan nyatakan tersebut.

    Terima Kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam, dari penceritaan lisan oleh Yang Mulia Tuan Wan Fauzi Bin Yang Mulia Tuan Wan Idris. Mungkin disini lebih kepada penasihat secara tidak rasmi memadangkan Penghulu sememangnya rapat dengan Sultan dalam alam melayu.

      Padam