Rabu, 26 Jun 2019

Modul teknik menjawab soalan KPS dalam kertas 2

Assalamualaikum sahabat semoga sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T hendaknya Aamiin

Disini saya nak wakafkan Modul KPS saya bagi memudahkan guru-guru Sains mengajar juga kepada murid-murid yang bakal menduduki UPSR nanti. Teknik KPS ini lebih kurang hampir sama dengan teknik yang digunapakai oleh guru-guru Sains diluarsana. Mungkin ada sedikit perbezaan namun ianya masih berfokuskan kepada Kemahiran Proses Sains (KPS) yang asal.

Sekiranya ada kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi. Dan dipersudikan memberi tunjuk ajar di ruangan komen. Saya percaya penambahbaikan mesti ada seiring dengan perkembangan dunia ilmu pendidikan Sains & Teknologi. Semoga modul yang tidak seberapa ini dapat dimanfaat sebaiknya. Sekian.

Klik perkataan ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡ untuk download modul
Modul teknik menjawab soalan KPS dlm kertas 2_Formula e-di_Uji IQ


Selasa, 25 Jun 2019

Bila bil air naik mendadak itu petanda paip rumah ada bocor

Seperti biasa balik keje aku akan jeguk peti surat rumah. Ada bil air SAJ sekali negok perhhhh terkejut seriau sikit lagi nak jd isim ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ RM326.03 bil semasa untuk bulan Jun (16.6.2019).

Mulalah dalam hati aku buat hipotesis. Adakah disebabkan kena curi orang atau dipinjam makhluk bunian ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ maaf gurau jangan mare๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ yang logik hipotesisnya mesti disebabkan kebocoran paip ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ. Untuk nak buktikan hipotesis aku ni benar. Aku gi sendiri menyiasat. Aku panjat tangga negok tangki atas, nampak ok je tangki dan sistem paipnya tak ada yang bocor. Aku panjat dan negok siling bilik depan. Setelah diperiksa didapati paip dari dinding depan ke tangki pun ok juga kordinasinya. 

Aku tak puas hati gi negok panjat siling kat belah belakang pun clear tiada kebocoran air di dapati. Aku dah syak ni kebocoran mesti berlaku dibelakang dapur sebab dapur aku baru diubahsuai tahun lepas. Jadi senang nak mudah keje, aku call plumber minta mereka datang check. Plumber kata hari Jumaat dia boleh datang.

Hari Jumaat, masa aku tak berkerja sebab di Johor memang cuti syukurlah seperti yang dijanjikan pada jam 9.30am, si plumber datang dengan van yang lengkap dengan peralatan dan barang tukangnya. Plumber check punya check, dia kata comfirm memang kat paip bahagian depan di ruangan letak kereta yang bocor. Sebab bila plumber tutup kepala paip yang kat dinding depan rumah ku baru nombor meter air berhenti. Lagi pun si plumber cakap dulu dia pernah bikin repair masalah kerosakan yang sama berlaku di taman ku ini. Plumber kata sistem paip taman ni yang didalam semuanya belah atas siling maka tiada tekanan berlaku dan sukar nak bocor klau bocor pun akan pasti mudah dikesan dengan nampak kesan basah pada siling. Yang saluran paip belah depan di ruangan tempat letak kereta je yang di letak bawah tanah. Paip terima tekanan dari beban kereta dan mozek di ruangan tempat kereta. Bila aku rujuk ilmu fizik memang sah betul le. Plumber kata dia akan tebuk kat dinding je dan pasang gantikan dengan paip PVC. Bahagian mozek di lantai dia tak usik. Paip PVC akan di lekatkan pada dinding tembok rumah. Jadi aku akur lah sebab maklumlah dah bidang dia maka memang dia yang teror tahu camana nak selesaikan kerja dengan hasil yang paling baik. Ada plumber gi pecah mozek lantai untuk nak gantikan paip yang pecah. Itu lagi banyak kerja dan membazir wang dah tak pasal-pasal nak cari tukang repair mozek dan lantai pula.







Mulalah si plumber itu pecah tebuk dinding rumah ku. Si Plumber kata dia akan tukar guna paip PVC kerana PVC lebih keras dan tebal berbanding paip getah yang asal. Dalam masa lebih kurang 3 jam siap setel urusan memasang paip PVC dan menyimen. Nampak profesional sungguh keje plumber cina ini, ikhlas aku cakaplah. Hasil kerja dia halus dan sempurna. Part hasil kerja bangsa cina memang aku puji sebab tu bayaran upahnya tinggi sikit. Tak apalah janji puas hati dan berkualiti hasilnya. RM300 harga upahnya tapi kat resit dia tulis RM350, dia bagi diskaun RM50 kat aku syukur Alhamdulillah


Alhamdulillah siap dengan cantiknya, tunggu nak cat je ni ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š




Bila dah selesai baik pulih, isteri aku cerita yang makcik kantin lama sekolahnya pernah berlaku kes seperti aku ini. Makcik kantin itu buat surat rasmi mohon rayuan diskaun atas bil air SAJ yang terlalu tinggi kerana akibat kebocoran paip. Dan rayuannya BERJAYA dapat diskaun berapa, tak pasti berapa. Ini hari aku dah siapkan suratnya dan segala dokumen lampiran yang menyokong surat rayuan ini. Harap-harap rayuan ku ini berjaya. Sesiapa yang nak format suratnya boleh download di link ini https://drive.google.com/file/d/1NKHFU9RAMWbDukBonO99pG6IhCA267UI/view?usp=sharing

Contoh Suratnya berserta lampirannya:
Contoh Surat Rasmi Rayuan 


Susun gambar kerja-kerja membaikpulih paip oleh plumber dalam satu lampiran


Bil Air SAJ yang siap difotostat warna



Resit upah baikpulih plumber yang siap difotostat warna

Buat 2 salinan pada semua dokumen diatas termasuk surat rayuan. Dimana 1 salinan untuk pihak SAJ dan 1 salinan untuk simpanan kita. Yang salinan simpanan kita itu minta dicop pengesahan DITERIMA dan siap ditandatangan oleh pegawai SAJ yang menerima aduan rayuan kita tadi. 1 salinan untuk simpanan kita ini adalah untuk rujukan kita sekiranya ada kehilangan surat rayuan yang kita beri pada pihak SAJ tadi.


Moga-moga berjaya petang ini rayuan ku ini Aamiin yarabbal'alamin

Sabtu, 16 Mac 2019

Penerokaan Sejarah dan Budaya Oleh Tn Azlan Sharif Bahagian 04

salam jumaat

saya ingin berterima kasih pada wartawan yang budiman menyiarkan kisah penemuan BATU MEGALITH di kg bekoh, tangkak, johor.

batu megalit ini berada dalam parlimen LEDANG, dun tangkak. Nah Budin Mdsahadon Ledang PKR Cabang Ledang Keadilan Cabang Ledang Amanah Kawasan Ledang Tangkak

mohon lawatan DO tangkak tuan Mahadon Marnin menjemput yb exco kebudayaan johor, yb Mohd Khuzzan, YWJ, JWN, PERZIM ke tapak.

cikgu saiah, tuan shaharil sapingi boleh cerita jelas.

jika perlu DYMM Sultan JOhor turun lagi dialu alukan.

tulisan saya disiar di malaysiakini (19.2.2019) dan sinar harian hari ini.(1.3.2019).

Namun, tiada tindakan berkesan pihak berwajib.

penemuan batu megalith di luar wilayah Minangkabau adalah sesuatu yang perlu dikaji.

jemput pakar kajian naming Luqman NulHakim
jemput tuan ruzairy JWN
jemput dr Zuliskandar Ramli UKM
jemput penulis blog bekoh cikgu Rosdi Ramli

sebelum ini penemuan batu aceh di PUSPEN SENGKANG DAN SUNGAI KARANG LAUT dalam daerah tangkak dipandang sepi. kerana hanya tersiar di facebook.

semoga dipermudahkan urusan bagi mengangkat sejarah BEKOH.

dapatkan buku "cinchin" yang ditulis orang bekoh.





Rujukan :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2714496371900355&id=100000200552861

Penerokaan Sejarah dan Budaya Oleh Tn Azlan Sharif Bahagian 03

misteri batu hidup di bekoh
ia adalah batu megalit
mohon jasa baik do tangkak tuan Mahadon Marnin lawat kawasan ini.

sebelum menjemput yayasan warisan johor, psm muar, pejabat tanah muar, waris dan semua berkaitan.

encik ruzairy jabatan warisan negara saya dah laporkan.

sejak disiar malaysiakini berkenaan batu megalit ini, seperti senyap sunyi.

adakah tidak penting sejarah.ataupun ada sesuatu yang saya tidak tahu.

kg bekoh hanya 10kilometer dari tangkak.
kg bekoh hanya 1 kilometer dari.simpang bekoh,melaka.

akta warisan kebangsaan 2005 dan enakmen yayasan warisan negeri 1988 saya faham.

besar harapan dymm sultan johor atau tmj lawat sendiri pekan bekoh Rosdi Ramli Nah Budin Muhammad Johan Jauhar


Rujukan:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2714276968588962&id=100000200552861

Penerokaan Sejarah dan Budaya Oleh Tn Azlan Sharif Bahagian 02

Semasa saya menulis artikel “Penemuan sulung batu megalith di luar pengaruh wilayah Minangkabau” pada 19 Februari, saya fikir hanya di Bekoh, Tangkak, Johor sahaja kemungkinan ditemui batu megalit yang dikaitkan dengan nisan pembesar orang Minangkabau di luar pengaruh wilayah Minangkabau.

Rupa-rupanya, menurut penduduk tempatan Bekoh, Shahairil Sapingi kemungkinan wujud batu megalit di tapak stesen KTMB Kuala Lipis, Pahang.

Nampaknya di Pahang juga mungkin ditemui batu megalit.

Carian di Internet gagal menemui apa-apa maklumat berkaitan dan saya terus seorang pengusaha eco pelancongan Kuala Lipis yang pejabat beliau di terletak di Stesen KTMB Kuala Lipis.

Agak mengejutkan beliau sendiri tidak mengetahui kewujudan batu megalit dan batu Aceh di Kuala Lipis.

Tiba-tiba muncul rakan Facebook saya bernama “Engku Khairul” mengesahkan pernah melihat batu Aceh di kawasan perkuburan Islam di Masjid Kampung Bukit Kota, Kuala Lipis (koordinat:4.260848,101.925651).

Namun, tidak dapat berkongsi fotonya kerana foto batu Aceh itu hilang dalam simpanannya.

Saya pernah menulis berkaitan Batu Aceh yang saya lawati di Kuala Lumpur bertajuk: “Batu Aceh yang 'hilang' di celah kilang & kondo”.

Lokasi batu Aceh di Masjid Kampung Bukit Kota, Kuala Lipis.

Ini sangat mengujakan.
Dalam rekod sejarah Pahang, dipercayai hanya di Pahang Tua ditemui batu Aceh, iaitu termasuk makam Sultan Muhammad Syah I Ibni Sultan Mansor Syah.

Sebenarnya, jika kita membuat carian di akhbar, sebenarnya makam purba ini tidak mustahil ditemui batu megalit dan batu Aceh di Kuala Lipis atau lokasi lain di Malaysia.

Cuma pengetahuan dan kajian batu Aceh dan batu megalit ini tidak disebar luas dan ini memang memusykilkan saya.

Kesimpulannya, pegawai daerah Lipis mesti proaktif dengan penemuan batu Aceh dan batu  megalit yang berusia ratusan tahun sebelum Kuala Lipis menjadi ibu negeri Pahang antara 1898 hingga 1995.

Saya juga dikongsi 14 bangunan yang berpotensi dicalon tapak bersejarah oleh Majlis Daerah Lipis yang dibina selepas tahun 1898 yang kegemilangan daerah Kuala Lipis dengan kawasan perlombongan emas utama di Pahang.
Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Lipis dan Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Pahang juga dinasihatkan bekerjasama dengan Shahaniza Shamsuddin selaku pengerusi jawatankuasa kebudayaan, perpaduan, kebajikan masyarakat, pembangunan wanita dan keluarga negeri Pahang, Mohd Hassan Tuah yang giat promosi pelancongan daerah Kuala Lipis, Jabatan Warisan Negara, Lembaga Muzium Negeri Pahang, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM dan pengkaji sejarah Minangkabau di dalam dan luar negara.

Ini bagi:

Mengkaji sumbangan orang Minangkabau di Ulu Pahang sejak kurun 15 sehingga kurun 19,.
Mengenal pasti siapakah pemilik batu Aceh dan batu megalit di Kuala Lipis.
Mengilap semula sejarah warisan Kuala Lipis yang berpotensi diangkat sebagai produk pelancongan ke peringkat nasional dan antarabangsa.

Sejarah Kuala Lipis sangat berwarna-warni. Selamatkan stesen kereta api Kuala Lipis yang telah ditutup bagi memberi laluan stesen kereta api baru.

Wujudkah batu megalit Stesen KTMB Kuala Lipis atau tau ia sudah dipindahkan semasa pembinaannya pada tahun 1926?

Sesungguhnya kewujudan batu Aceh, batu megalit di Kuala Lipis bukti penempatan purba.

MOHD AZLAN MOHD SHARIF ialah pengkaji sejarah bebas dan aktivis masyarakat.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

alhamdulilah, tersiar tulisan saya di malaysiakini.
syukran bro Jimadie Shah Othman.

di mana batu megalith stesen ktmb kuala lipis Mohd Hassan Tuah Maketab Mohamed Laili Basir Rasid Muhamad Haji Abas Haji Awang dato seri Fauzi Abdulrahman Ahmad Nizam Hamid Luqman NulHakim Jiwakacau Yut Meor Razak Russly Abd RAhman Mahadi Deraman

https://m.malaysiakini.com/letters/465751

Rujukan :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2710335942316398&id=100000200552861

Penerokaan Sejarah dan Budaya Oleh Tn Azlan Sharif Bahagian 01


apa ada dengan sungai kesang,-sungai chohong

dari kuala sungai kesang
1.jeti nelayan kesang (kanan)
2.makam tok kepau (kiri)
3.aerodrome sungai rambai/makam lama dialih(kiri)/kg kesang tasek
4.makam tok laji (sepupu sultan ibrahim, sultan selangor kedua) DrIbrahim Ghaffar (kanan)
5.batu aceh belakang kompleks penghulu kundang, telok rimba (kanan) Arif Sukor Zarul Kamarudin
6.parit penghulu (kiri)
7.lanchang (kiri) Ayie Muhd Ayob Dali dikatakan kampung asal deraman.
8.kg sri mendapat (kiri)
9.tasek biru, chinchin (kiri) Nah Budin
10.chohong (kiri) nisan belimbing Nurman Mohd Baroldin
11.chabau (kiri)
12.batu megalith kg dok Muhammad Johan Jauhar (kanan)
13.batu megalith kg buyan(kanan) Rosdi Ramli
14.batu megalith kg bekoh Mahadon Marnin wajib lawat
15.simpang bekoh masjid lama kg bekoh dipindah ke madrasah arifin (kiri)

Rujukan :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2702841893065803&id=100000200552861


Sabtu, 16 Februari 2019

Menjejaki Batu Nisan Megalith warisan Naning di Negeri Johor Darul Takzim

Assalamualaikum W.B.T sahabat2...salam muafakat Melayu Islam dan salam fisabilillah semoga sentisa sihat, bahagia dan dalam rahmat Allah S.W.T Aaminn...

           Ini kali terdetik di hati saya untuk menulis artikel mengenai "Sejarah dan Rahsia Batu Nisan Megalith di Kg. Bekoh serta hubung kaitnya dengan Ketamadunan Penghulu Naning" lalu. Sebenarnya perasaan hendak menulis artikel ini tercetus dari perjumpaan sahabat saya dari Bandar Baru Tangkak iaitu Tn Muhammad Johan Jauhar dan Tn Azlan Sharif dari Pagoh yang ingin meminta saya menunjukkan lokasi Batu Megalith di Kg. Bekoh yang merupakan kampung saya yakni tempat bermastautin saya sekarang. Pencarian lokasi ini juga telah di bantu oleh Tn Muhammad Adil (Kodil) yang merupakan Noja Masjid Janatul Mawa yang juga salah seorang penjaga kawasan perkuburan Kg. Bekoh.

           Tn Azlan Sharif memaklumkan Kubur bernisankan Batu Megalith, kebiasaannya hanya terdapat di wilayah jajahan Ketamadunan Penghulu Naning. Pertemuan ini merupakan penemuan sejarah yang cukup berharga kerana buat kali pertamanya dijumpai di luar wilayah jajahan takluk Penghulu Naning. Ini jelas membuktikan bahawa Kg. Bekoh dahulunya pernah menjadi jajahan takluk Ketamadunan Penghulu Naning.

           Tn Azlan Sharif mendapat galakan dari nendanya yang masih hidup supaya mencari kerabat mereka di Kg Bekoh yang dimaklumkan neneknya iaitu Atuk  Md. Yusof bin Mingin ( Tok Usop Ikan). Tn Azlan Sharif dibawa Tn Muhammad Adil ke rumah Atuk Yusof di Kg Baru Bekoh , walau bagaimanapun di dapati Atuk Yusof tiada di rumahnya. Kami bergegas ke rumah anaknya dan dimaklumkan Atuk Yusof sekarang berada di Wad Hospital Jasin Melaka kerana mengidap Peparu Berair. Sama-samalah kita doakn supaya Atuk Yusof cepat sembuh Aamiin yarabbal'alamin.

           Menurut hemat Tn Azlan Sharif , beliau mempercayai dirinya ada pertalian darah dengan saya dari susur galur sebelah ayah saya (ibu ayah saya Sarah Bt Rantau yang sememangnya boleh berlogat Negori Sembilan). Sememangnya Atuk Yusof Bin Mingin ada pertalian darah saudara dengan nenek saya (Sarah Bt Rantau) manakala di sebelah ibu saya ( bapa ibu saya yang bernama Saadon Bin Mat Akip juga merupakan orang asal di Sg. Chohong , Bekoh Johor). Arwah Nenek Che Wa iaitu nenek saudara saya yang tinggal di Batu Anam, Segamat Johor bernama Fatimah Bt Mat Akip ada menceritakan pada saya di hadapan ibu saya semasa ziarah pada Hari Raya, 2 tahun lalu yang Moyang saya Mat Akip ini merupakan orang minang dari Sumatera. Minang dari Naning mahupun Sumatera pasti ada pertalian darahnya dari rumpun yang sama.....ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…ُ ุจุงู„ู€ุตู€ูˆุงุจ


Antara video penerangan oleh Tn Azlan Sharif:





Antara gambar pencarian:


Lokasi Pertama di Tanah Persendirian (Milik Cina) di Kg Buyan, berhampiran Kg Dok 1.









Perkongsian Tn Azlan Sharif di wall FB beliau:


Lokasi Kedua di Kg Dok 4 di belakang Kilang Ayam Leong Hup.





















Perkongsian Tn Azlan Sharif di wall FB beliau:





Lokasi Ketiga di kawasan Perkuburan Kg. Bekoh






               Tn Muhammad Aidil Bin Abu Bakar menjelaskan pernah suatu ketika dahulu semasa arwah Atuk Talib Bin Maarof masih hidup, arwah ada memberitahu kepada beliau yang Kubur Bernisankan Batu Megalith berbumbung ini adalah Moyang dari susur galur beliau yang merupakan pengasas Kg. Bekoh . Manakala menurut Tn Shahiril Bin Sapingi kubur sebelah kanan yang tinggi nesannya itu adalah kepunyaan Moyang Meon dari salur galur beliau yang juga berkait dengan kerabat saya.
ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…ُ ุจุงู„ู€ุตู€ูˆุงุจ








Dengan izin Allah S.W.T ditakdirkan Allah S.W.T akan Tn Azlan Sharif terjumpa kubur Ibu Arwah Tun Sulaiman Ninam Shah dimana ada pertalian darah dengan beliau..... Al Fatihah




Perkongsian Tn Azlan Sharif di wall FB beliau:


Perkongsian seterusnya Tn Azlan Sharif di wall FB beliau:






 Tapak Asal Masjid Jamek Kg. Bekoh bersebelahan Balai Polis Belading, Bekoh Tangkak, Johor







Ini perkongsian saya di wall FB saya lalu:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=476290459205299&id=100004730474124

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=475342719300073&id=100004730474124

Berhenti ngeteh di warung Pakcik Adam setelah misi selesai Alhamdulillah. Tn Azlan Sharif membuat sedikit rumusan dan memberi cadangan bagaimana untuk mohon peruntukan melalui Wakil Rakyat bagi mewartakan kawasan perkuburan Batu Nisan Megalith di Kg Bekoh ini untuk menjadi Warisan Arkib Negara Malaysia yang semestinya mempunyai sejarah yang perlu dijaga untuk tatapan dan pedoman generasi akan datang.



๐Ÿ’—๐Ÿ’— Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih Kepada๐Ÿ’—๐Ÿ’—

Tn Azlan Sharif
Tn Muhammad Johan Jauhar
Tn Muhammad Adil Bin Abu Bakar

di atas kesudian berkongsi ilmu mengenai Sejarah Kubur Bernisan Megalith di Kg. Bekoh, Tangkak
Ledang Johor kepada saya. Hanya Allah S.W.T yang dapat membalas jasa murni tuan bertiga.

ู…ِูŠْู† ูŠَุง ุฑَุจَّ ุงู„ุนَุงู„َู…ِูŠْู†َ

Marilah kita bersama mendoakan kesejahteraan buat roh-roh arwah di ketiga-tiga lokasi perkuburan yang telah di ceritakan oleh Tn Azlan Sharif ini. Semoga roh arwah ditempatkan bersama hamba yang soleh Aamiin yarabbal'alamin 

Al Fatihah...