Alhamdulillah syukur segala puji bagi Allah SWT Tuhan & Raja Pencipta dan Pemilik Arasy yang Maha Agung Sekelian Alam yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Dipagi hari Awal Muharram 1442, berkesempatan melihat sendiri satu-satunya keris peninggalan pusaka Allahyarham Tok Great Moyang Ku Pendekar Awang yang banyak berjasa pada ABATA dan juga berkemampuan dalam rawatan tradisional di alam melayu. Untuk pengetahuan semua, Atuk Md. Yusofpernah menyerahkan keris ini kepada saudara lain di Melaka. Namun terpaksa dipulangkan oleh saudara yang menyimpannya kerana tiada keserasian maka dituntut oleh Abang Nasir yang merupakan anak lelaki Atuk Md. Yusof Bin Mingin.
Pemegang amanah bagi keris pusaka ini ialah Kak Yati iaitu anak perempuan Atuk Md. Yusof Bin Mingin. Antara keistimewaan keris pusaka ini, ianya boleh membantu merawat orang yang terkena gangguan sihir dan boleh digunakan untuk memutuskan penjanjian saka. Ada juga beberapa kelebihan lain yang Atuk Md. Yusof ceritakan, biarlah ianya menjadi rahsia bagi menjaga sensitiviti masyarakat.
Yang pastinya hanya hamba yang soleh sahaja yang menjadi pilihan keris pusaka ini untuk menjadi pemegang amanah untuk menyimpan dan mengunakannya. Semuanya dengan izin Allah SWT, zat yang MahaAgung, MahaBerkuasa, MahaBijaksana, MahaMengetahui dan Maha segala-galanya. Allahhu Akbar. Nekadkan dalam hati dan bergantung hati bertawakal kepada Allah SWT. Wallahualambissawab.
Semoga roh Allahyarham Tok Great Moyang KuPendekar Awang bersama hamba yang soleh dan dirahmati hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin...Al Fatihah
Sumber rujukan :
1) Atuk Md. Yusof Bin Mingin Bin Bacik Bin Pendekar Awang
2) Nasir Bin Md. Yusof
Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada:
Atuk Md. Yusof Bin Mingin
Nasir Bin Md. Yusof
diatas kesudian berkongsi ilmu dalam melengkapkan penulisan artikal ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa murni kalian semua
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Akhir kata segala kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi dari pihak saya. Jika ada kekurangan atau kesilapan fakta / maklumat boleh diajukan pada no WhatsApp ini 0197567902, Sekian terima kasih.
"Khursani raksa nama asalku,
Besi tua di tanah Jawa,
Daulat budaya bangsa ku
Takkan Melayu Hilang didunia
........................selagi menurut syariat Islam"
Alhamdulillah syukur segala puji bagi Allah SWT Tuhan & Raja Maha Agung Sekelian Alam yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Artikal untuk kali ini adalah kesinambungan dari artikal sebelum ini iaitu "The Great Moyang Ku Pendekar Awang" yang mengisahkan tentang penemuan kubur anak Allahyarham Pendekar Awang yang bernama Bacik Bin Pendekar Awang di kawasan perkuburan Islam Kg. Bekoh. Semoga penuliasan artikal ini dapat memberi manfaat untuk generasi akan datang khususnya yang bersalur galur dari salahsilah keturunan Allahyarham Pendekar Awang.
Benarlah kata seorang Sheikh, setiap sesuatu itu semuanya dibawah perancangan Allah SWT dan ada hikmah di sebaliknya. Mulanya dengan pelawaan Ustaz Yusran yang merupakan mantan GPK Koko SK Bandar Tangkak untuk hendak makan kari kambing di simpang bekoh dalam group whatsapp lelaki pekasa SKBT pada malam jumaat hari khamis 13.08.2020. Terus tergerak di hati bersetuju sertai program santai ngeteh dan makan kari kambing seperti yang di rancang Ustaz Yusran pada pagi hari Jumaat esoknya 14.08.2020.
Keesokan harinya, apabila sampai di warung kari kambing saya terperasan Atuk Md. Yusof Bin Mingin yang juga sedang bersarapan di warung yang sama. Tergerak dalam hati ni kalau sambung temuramah tentang Allahyarham Pendekar Awang memang syok ni. Tapi melihatkan Ustaz Yusran dah menunggu dan janji nak makan kari kambing terpaksa kita layan tetamu yang hadir ni dulu. Sayangnya aduhai, kari kambing dah abis. Mau tak abis jam 10 pagi baru sampai rombongan 5 orang geng Ustaz Yusran dari muar ni ermmm sabau ajelah respon aku. Akan datang kita kasi seting awal-awal tempah sebelum jam 9 pagi warung ni, kecuali hari Selasa & Rabu kerana itu off day warung, ujar saya pada Ustaz Yusran. Jadi mereka bedal apa yang ada lauk keli dan lain-lain jadilah syukur.
Bila rombongan Ustaz Yusran dah pulang, aku terus jumpa Atuk Md. Yusof Bin Mingin yang masih tengah ngeteh. Apa lagi dengan penuh semangat aku kasi on video handphone ku dan minta izin untuk rakamkan perbualan aku dengan Atuk. Atuk bersetuju maka bermulalah penceritaan atuk yang penuh ilmu sejarah dan kadang kala diselitkan perkara makrifat. Ada penceritaan Atuk yang saya tidak sempat nak rakam video, tidak mengapalah cukup menjadi ingatan azimat untuk diri.
Yang bahagian penting tentang Allahyarham Pendekar Awang memang saya dah siap sedia merakamnya. Dalam penceritaan atuk, ada menyebut kubur Allahyarham Pendekar Awang terletak di kawasan kubur lama Kg. Dok 4 di belakang kilang ayam Leong Hup. Saya amat terkejut kubur lama itu sememangnya di hadapan kebun getah ayah saya. Dahulunya memang semak samun dan ayah saya lah orang yang membersihkan dan ada menanam pisang sedikit di kawasan tepi perkuburan lama itu. Saya juga pernah membantu ayah saya membersihkan kawasan kubur lama itu. Memang saya perasan ada kubur batu tinggi yang besar (Batu Megalith), juga beberapa kubur lama di situ namun tidak mengetahui siapa pemiliknya hinggalah pada hari Jumaat 14.08.2020 segala misteri tentang kubur lama itu terbongkar di mulut Atuk Md. Yusof. Sekarang kawasan perkuburan lama ini di bawah pengurusan & penyeliaan Pejabat Agama Daerah Tangkak, manakala Encik Aidil diberi amanah untuk bertanggugjawab membersih dan juga di benarkan menanam pokok kelapa sawit. Boleh lihat video di bawah untuk info selanjutnya.
Saya menjalankan penelitian mencari lokasi kubur Allahyarham Pendekar Awang yang dikatakan Atuk Md. Yusof Bin Mingin berdekatan pokok besar di kawasan perkuburan lama Kg Dok 4 di belakang Kilang Ayam Leong Hup.
Mana batu nisan yang tumbang, kita cuba kasi tegakkan semula
Gambar di bawah ini, saya mengesyaki adalah terletaknya kubur Allahyarham Pendekar Awang kerana berdekat tunggul akar pokok yang besar seperti yang diceritakan Atuk Md. Yusof Bin Mingin
Niat di hati saya menerbitkan artikal ini bukanlah hendak berasa gah atau riak dengan kehebatan Allahyarham Tok Great Moyang Pendekar Awang saya ini, hanya sekadar ingin berkongsi kisah sejarahnya buat generasi sekarang yang bersalur galur belah nenek Hjh Saharah Binti Rantau Bin Awang. Semoga dengan kisah kehebatan beliau menjadi pembakar semangat dan inspirasi buat keturunan salur galur generasinya untuk terus melakar kejayaan di dunia dan di akhirat. Allahhu Akbar ]
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba yang soleh Aamiin Ya Rabbal Alamin
Al Fatihah
Sumber rujukan :
1) Atuk Md. Yusof Bin Mingin Bin Bacik Bin Pendekar Awang
💓💓Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada💓💓
Atuk Md. Yusof Bin Mingin
di atas kesudian berkongsi ilmu dalam melengkapkan penulisan artikal ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa murni kalian semua
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Akhir kata segala kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi dari pihak saya. Jika ada kekurangan atau kesilapan fakta / maklumat boleh diajukan pada no WhatsApp ini 0197567902, Sekian terima kasih.
"Khursani raksa nama asalku,
Besi tua di tanah Jawa,
Daulat budaya bangsa ku
Takkan Melayu Hilang didunia
........................selagi menurut syariat Islam"
Segala puji bagi Allah Raja Maha Agung Sekelian Alam yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin.
Hari ini, tergerak di dalam hati nak terbitkan artikal mengenai "The Great Moyang ku Pendekar Awang". Setinggi penghargaan diucapkan kepada Poklong ku yang sudi menunjukkan kubur kerabat saudara dari salur galur Pendekar Awang yang terletak di kawasan perkuburan Kg. bekoh pada ku. Dapatlah juga ku ketahui sedikit salur galur keturunan belah nenek belah ayah ku ini. Namun yang terkilan sedih di hati, kubur Allahyarham Pendekar Awang tidak diketahui lokasinya oleh sesiapa. Usaha pencariannya akan saya teruskan dengan izinNya inshaAllah.
Nama penuh nenek belah ayah ku ini ialah Hjh Saharah Binti Rantau, Bapanya Rantau Bin Awang. Awang ini lah Datuk kepada nenek ku ini. Atuk ku ( Hj Abdul Rahman Bin Said) pernah berkata pada poklong ku yang isterinya bukan calang-calang orangnya. Diceritakan oleh ayah ku dan juga turut diakui poklong ku, Pendekar Awang niadalah salah seorang Hulubalang Melaka yang bertugas menjaga hasil urusan perdagangan di sekitar negeri Melaka yang pada waktu itu di bawah jajahan Inggeris (British) pada pertengahan kurun ke 18.
Pada 24.01.2016, saya bersama Poklong, Makdak, Abgah Zainal (suami kakgah Hanim) & Kakgah Hanim (Sepupu) pergi menziarah adik nenek Hjh Saharah Binti Rantau di Kg Duyung, Melaka. Nenek Busu Maimon Binti Rantau Bin Pendekar Awang ada berkongsi cerita tentang kehebatan Pendekar Awang ini kepada kami. Dikatakan Pendekar Awang ini sangat digeruni oleh lanun-lanun sewaktu hayatnya. Pernah suatu kejadian apabila lanun-lanun ingin menyerang barangan perdagangan yang dibawanya, Pendekar Awang terus menghentak kakinya lalu menyebabkan bergegaran tanah di sekitarnya, lalu bertempiaran lah lari lanun-lanun tadi. Niat di hati saya menulis kisah ini bukannya hendak berasa gah atau riak dengan kehebatan Tok Great Moyang saya ini, hanya sekadar ingin berkongsi kisah sejarahnya buat generasi muda yang bersalur galur belah nenek Hjh Saharah saya. Semoga dengan kisah kehebatan beliau menjadi pembakar semangat dan inspirasi buat keturunan salur galur generasinya untuk terus melakar kejayaan di dunia dan di akhirat. Allahhu Akbar
Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba yang soleh Aamiin Ya Rabbal Alamin
Al Fatihah
Kubur Allahyarham Bacik Bin Pendekar Awang. Beliau merupakan bapa saudara nenek saya Hjh Saharah Binti Rantau.
Poklong ku sedang membersihkan permukaan nisan untuk melihat catatan pada kubur Allahyarham Bacik Bin Pendekar Awang
Kubur Allahyarham Said Bin Langan ( Bapa kepada atuk saya belah ayah / Moyang ku ) meninggal dunia pada bulan safar 1929. Moyang Sanimah kata Moyang Said (suaminya) meninggal dunia selepas Atuk Hj Abdul Rahman Bin Said lahir beberapa bulan. Punca kematian demam panas setelah balik dari berkelah di Lubuk Kedundong, air terjun Asahan, Jasin Melaka.
Kubur Allahyarham Hj Abdul Rahman Bin Said ( Atuk saya sebelah ayah )
24.01.2016, saya bersama Poklong, Makdak, Abgah Zainal (suami kakgah Hanim) & Kakgah Hanim (Sepupu) pergi menziarah adik nenek Saharah Binti Rantau di Kg Duyung, Melaka
Di belakang saya ialah Atuk Busu Maimon Binti Rantau, nama panggilan Atuk Busu Mon
Sarimah bertudung hitam (Anak Atuk Busu Mon, Rumahnya depan rumah Atuk Busu Mon).
Video : "Menelusuri salasilah kerabat arwah Saharah Bt Rantau Bin Pendekar Awang"
Bertemu bual dengan Atuk Md. Yusof Bin Mingin mengenai latar belakang salasilah Kerabat arwah Saharah Bt Rantau Bin Awang (Susur Galur Pecahan Suku Adat Pepatih Naning Suku 3 Batu). Kubur Bernisan Batu Megalith dikawasan perkuburan Kg Bekoh adalah Kubur Meon iaitu Nenek kepada Rantau dan moyang kepada Saharah. Datuk kepada Atuk Md. Yusof yang bernama Bacik adalah adik beradik dengan Rantau ada 5 adik beradik semuanya. Kubur lama diKg Buyan dikatakan milik "Raja Kuning". Pakcik Mustapa (Tapah) turut menyokong hujah penceritaan Atuk Md. Yusof itu tentng kubur lama diKg Buyan berhadapan lorong Kg Dok 1 dikatakan orang dahulu-dahulu ianya bersalur galur dengan kerabat Sultan Pahang. Wallahualambissawab....
Sumber rujukan :
1) Leftenan Kolonel (B) Ramli Bin Hj Abdul Rahman (Poklong ku)
Capture screen dari whatsapp Hanim Binti Ramli (Sepupu ku)
2) Atuk Md. Yusof Bin Mingin
💓💓Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada💓💓
Leftenan Kolonel (B) Ramli Bin Hj Abdul Rahman (Poklong ku)
Pn Hanim Bt Ramli (Sepupu ku)
Atuk Md. Yusof Bin Mingin (Sepupu Nenek ku Hjh Saharah Bt Rantau
di atas kesudian berkongsi ilmu dalam melengkapkan penulisan artikal ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa murni kalian semua
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Akhir kata segala kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi dari pihak saya. Jika ada kekurangan atau kesilapan fakta / maklumat boleh diajukan pada no WhatsApp ini 0197567902, Sekian terima kasih.
"Takkan Melayu Hilang didunia, selagi menurut syariat Islam"