Khamis, 20 Ogos 2020

Keris Pusaka Tok Great Moyang Ku Pendekar Awang

 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur segala puji bagi Allah SWT Tuhan & Raja Pencipta dan Pemilik Arasy yang Maha Agung Sekelian Alam yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin. 

Dipagi hari Awal Muharram 1442, berkesempatan melihat sendiri satu-satunya keris peninggalan pusaka Allahyarham Tok Great Moyang Ku Pendekar Awang yang banyak berjasa pada ABATA dan juga berkemampuan dalam rawatan tradisional di alam melayu. Untuk pengetahuan semua, Atuk Md. Yusof pernah menyerahkan keris ini kepada saudara lain di Melaka. Namun terpaksa dipulangkan oleh saudara yang menyimpannya kerana tiada keserasian maka dituntut oleh Abang Nasir yang merupakan anak lelaki Atuk Md. Yusof Bin Mingin. 

Pemegang amanah bagi keris pusaka ini ialah Kak Yati iaitu anak perempuan Atuk Md. Yusof Bin Mingin. Antara keistimewaan keris pusaka ini, ianya boleh membantu merawat orang yang terkena gangguan sihir dan boleh digunakan untuk memutuskan penjanjian saka. Ada juga beberapa kelebihan lain yang Atuk Md. Yusof ceritakan, biarlah ianya menjadi rahsia bagi menjaga sensitiviti masyarakat. 

Yang pastinya hanya hamba yang soleh sahaja yang menjadi pilihan keris pusaka ini untuk menjadi pemegang amanah untuk menyimpan dan mengunakannya. Semuanya dengan izin Allah SWT, zat yang  MahaAgung, MahaBerkuasa, MahaBijaksana, MahaMengetahui dan Maha segala-galanya. Allahhu Akbar. Nekadkan dalam hati dan bergantung hati bertawakal kepada Allah SWT. Wallahualambissawab.








Semoga roh Allahyarham Tok Great Moyang Ku Pendekar Awang bersama hamba yang soleh dan dirahmati hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin...Al Fatihah

Sumber rujukan  : 

1) Atuk Md. Yusof Bin Mingin Bin Bacik Bin Pendekar Awang 
2) Nasir Bin Md. Yusof

Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada:

Atuk Md. Yusof Bin Mingin

Nasir Bin Md. Yusof

diatas kesudian berkongsi ilmu dalam melengkapkan penulisan artikal ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa murni kalian semua
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Akhir kata segala kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi dari pihak saya. Jika ada kekurangan atau kesilapan fakta / maklumat boleh diajukan pada no WhatsApp ini 0197567902, Sekian terima kasih. 

"Khursani raksa nama asalku,
Besi tua di tanah Jawa,
Daulat budaya bangsa ku
Takkan Melayu Hilang didunia

........................selagi menurut syariat Islam"

Jumaat, 14 Ogos 2020

Kubur The Great Moyang ku Pendekar Awang

 بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah syukur segala puji bagi Allah SWT Tuhan & Raja Maha Agung Sekelian Alam yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi. Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin. 

Artikal untuk kali ini adalah kesinambungan dari artikal sebelum ini iaitu "The Great Moyang Ku Pendekar Awang" yang mengisahkan tentang penemuan kubur anak Allahyarham Pendekar Awang yang bernama Bacik Bin Pendekar Awang di kawasan perkuburan Islam Kg. Bekoh. Semoga penuliasan artikal ini dapat memberi manfaat untuk generasi akan datang khususnya yang bersalur galur dari salahsilah keturunan Allahyarham Pendekar Awang.  

Benarlah kata seorang Sheikh, setiap sesuatu itu semuanya dibawah perancangan Allah SWT dan ada hikmah di sebaliknya. Mulanya dengan pelawaan Ustaz Yusran yang merupakan mantan GPK Koko SK Bandar Tangkak untuk hendak makan kari kambing di simpang bekoh dalam group whatsapp lelaki pekasa SKBT pada malam jumaat hari khamis 13.08.2020. Terus tergerak di hati bersetuju sertai program santai ngeteh dan makan kari kambing seperti yang di rancang Ustaz Yusran pada pagi hari Jumaat esoknya 14.08.2020.



Keesokan harinya, apabila sampai di warung kari kambing saya terperasan Atuk Md. Yusof Bin Mingin yang juga sedang bersarapan di warung yang sama. Tergerak dalam hati ni kalau sambung temuramah tentang Allahyarham Pendekar Awang memang syok ni. Tapi melihatkan Ustaz Yusran dah menunggu dan janji nak makan kari kambing terpaksa kita layan tetamu yang hadir ni dulu. Sayangnya aduhai, kari kambing dah abis. Mau tak abis jam 10 pagi baru sampai rombongan 5 orang geng Ustaz Yusran dari muar ni ermmm sabau ajelah respon aku. Akan datang kita kasi seting awal-awal tempah sebelum jam 9 pagi warung ni, kecuali hari Selasa & Rabu kerana itu off day warung, ujar saya pada Ustaz Yusran. Jadi mereka bedal apa yang ada lauk keli dan lain-lain jadilah syukur.

Bila rombongan Ustaz Yusran dah pulang, aku terus jumpa Atuk Md. Yusof Bin Mingin yang masih tengah ngeteh. Apa lagi dengan penuh semangat aku kasi on video handphone ku dan minta izin untuk rakamkan perbualan aku dengan Atuk. Atuk bersetuju maka bermulalah penceritaan atuk yang penuh ilmu sejarah dan kadang kala diselitkan perkara makrifat. Ada penceritaan Atuk yang saya tidak sempat nak rakam video, tidak mengapalah cukup menjadi ingatan azimat untuk diri.

Yang bahagian penting tentang Allahyarham Pendekar Awang memang saya dah siap sedia merakamnya. Dalam penceritaan atuk, ada menyebut kubur Allahyarham Pendekar Awang terletak di kawasan kubur lama Kg. Dok 4 di belakang kilang ayam Leong Hup. Saya amat terkejut kubur lama itu sememangnya di hadapan kebun getah ayah saya. Dahulunya memang semak samun dan ayah saya lah orang yang membersihkan dan ada menanam pisang sedikit di kawasan tepi perkuburan lama itu. Saya juga pernah membantu ayah saya membersihkan kawasan kubur lama itu. Memang saya perasan ada kubur batu tinggi yang besar (Batu Megalith), juga beberapa kubur lama di situ namun tidak mengetahui siapa pemiliknya hinggalah pada hari Jumaat 14.08.2020 segala misteri tentang kubur lama itu terbongkar di mulut Atuk Md. Yusof. Sekarang kawasan perkuburan lama ini di bawah pengurusan & penyeliaan Pejabat Agama Daerah Tangkak, manakala Encik Aidil diberi amanah untuk bertanggugjawab membersih dan juga di benarkan menanam pokok kelapa sawit. Boleh lihat video di bawah untuk info selanjutnya.


Atuk Yusof juga ada menceritakan kehebatan Allahyarham Pendekar Awang. Boleh lihat video di bawah untuk info selanjutnya.


Saya menjalankan penelitian mencari lokasi kubur Allahyarham Pendekar Awang yang dikatakan Atuk Md. Yusof Bin Mingin berdekatan pokok besar di kawasan perkuburan lama Kg Dok 4 di belakang Kilang Ayam Leong Hup.



Mana batu nisan yang tumbang, kita cuba kasi tegakkan semula








Gambar di bawah ini, saya mengesyaki adalah terletaknya kubur Allahyarham Pendekar Awang kerana berdekat tunggul akar pokok yang besar seperti yang diceritakan Atuk Md. Yusof Bin Mingin





Niat di hati saya menerbitkan artikal ini bukanlah hendak berasa gah atau riak dengan kehebatan Allahyarham Tok Great Moyang Pendekar Awang saya ini, hanya sekadar ingin berkongsi kisah sejarahnya buat generasi sekarang yang bersalur galur belah nenek Hjh Saharah Binti Rantau Bin Awang. Semoga dengan kisah kehebatan beliau menjadi pembakar semangat dan inspirasi buat keturunan salur galur generasinya untuk terus melakar kejayaan di dunia dan di akhirat. Allahhu Akbar ]

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba yang soleh Aamiin Ya Rabbal Alamin

Al Fatihah


Sumber rujukan  : 

1) Atuk Md. Yusof Bin Mingin Bin Bacik Bin Pendekar Awang 

💓💓Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada💓💓

Atuk Md. Yusof Bin Mingin

di atas kesudian berkongsi ilmu dalam melengkapkan penulisan artikal ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa murni kalian semua
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Akhir kata segala kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi dari pihak saya. Jika ada kekurangan atau kesilapan fakta / maklumat boleh diajukan pada no WhatsApp ini 0197567902, Sekian terima kasih. 

"Khursani raksa nama asalku,
Besi tua di tanah Jawa,
Daulat budaya bangsa ku
Takkan Melayu Hilang didunia

........................selagi menurut syariat Islam"

Ahad, 9 Ogos 2020

The Great Moyang ku Pendekar Awang

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji bagi Allah Raja Maha Agung Sekelian Alam yang meliputi 7 petala langit dan 7 petala bumi.Semoga kita sentiasa dirahmati Allah SWT hingga ke Jannah Aamiin Ya Rabbal Alamin.

Hari ini, tergerak di dalam hati nak terbitkan artikal mengenai "The Great Moyang ku Pendekar Awang". Setinggi penghargaan diucapkan kepada Poklong ku yang sudi menunjukkan kubur kerabat saudara dari salur galur Pendekar Awang yang terletak di kawasan perkuburan Kg. bekoh pada ku. Dapatlah juga ku ketahui sedikit salur galur keturunan belah nenek belah ayah ku ini. Namun yang terkilan sedih di hati, kubur Allahyarham Pendekar Awang tidak diketahui lokasinya oleh sesiapa. Usaha pencariannya akan saya teruskan dengan izinNya inshaAllah.

Nama penuh nenek belah ayah ku ini ialah Hjh Saharah Binti Rantau, Bapanya Rantau Bin Awang. Awang ini lah Datuk kepada nenek ku ini. Atuk ku ( Hj Abdul Rahman Bin Said) pernah berkata pada poklong ku yang isterinya bukan calang-calang orangnya. Diceritakan oleh ayah ku dan juga turut diakui poklong ku, Pendekar Awang ni adalah salah seorang Hulubalang Melaka yang bertugas menjaga hasil urusan perdagangan di sekitar negeri Melaka yang pada waktu itu di bawah jajahan Inggeris (British) pada pertengahan kurun ke 18.

Pada 24.01.2016, saya bersama Poklong, Makdak, Abgah Zainal (suami kakgah Hanim) & Kakgah Hanim (Sepupu) pergi menziarah adik nenek Hjh Saharah Binti Rantau di Kg Duyung, Melaka. Nenek Busu Maimon Binti Rantau Bin Pendekar Awang ada berkongsi cerita tentang kehebatan Pendekar Awang ini kepada kami. Dikatakan Pendekar Awang ini sangat digeruni oleh lanun-lanun sewaktu hayatnya. Pernah suatu kejadian apabila lanun-lanun ingin menyerang barangan perdagangan yang dibawanya, Pendekar Awang terus menghentak kakinya lalu menyebabkan bergegaran tanah di sekitarnya, lalu bertempiaran lah lari lanun-lanun tadi. Niat di hati saya menulis kisah ini bukannya hendak berasa gah atau riak dengan kehebatan Tok Great Moyang saya ini, hanya sekadar ingin berkongsi kisah sejarahnya buat generasi muda yang bersalur galur belah nenek Hjh Saharah saya. Semoga dengan kisah kehebatan beliau menjadi pembakar semangat dan inspirasi buat keturunan salur galur generasinya untuk terus melakar kejayaan di dunia dan di akhirat. Allahhu Akbar 

Semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama hamba yang soleh Aamiin Ya Rabbal Alamin

Al Fatihah

Kubur Allahyarham Bacik Bin Pendekar Awang. Beliau merupakan bapa saudara nenek saya Hjh Saharah Binti Rantau.

Poklong ku sedang membersihkan permukaan nisan untuk melihat catatan pada kubur Allahyarham Bacik Bin Pendekar Awang

Kubur Allahyarham Said Bin Langan ( Bapa kepada atuk saya belah ayah / Moyang ku ) meninggal dunia pada bulan safar 1929. Moyang Sanimah kata Moyang Said (suaminya) meninggal dunia selepas Atuk Hj Abdul Rahman Bin Said lahir beberapa bulan. Punca kematian demam panas setelah balik dari berkelah di Lubuk Kedundong, air terjun Asahan, Jasin Melaka.


Kubur Allahyarham Bacik Bin Pendekar Awang (sebelah atas berhampiran pagar) manakala kubur Allahyarham Said Bin Langan ( Bawah ).


Kubur Allahyarhamah Hjh Saharah Binti Rantau ( Nenek saya sebelah ayah )

Kubur Allahyarham Hj Abdul Rahman Bin Said ( Atuk saya sebelah ayah )



24.01.2016, saya bersama Poklong, Makdak, Abgah Zainal (suami kakgah Hanim) & Kakgah Hanim (Sepupu) pergi menziarah adik nenek Saharah Binti Rantau di Kg Duyung, Melaka


Di belakang saya ialah Atuk Busu Maimon Binti Rantau, nama panggilan Atuk Busu Mon

Sarimah bertudung hitam (Anak Atuk Busu Mon, Rumahnya depan rumah Atuk Busu Mon).






Video : "Menelusuri salasilah kerabat arwah Saharah Bt Rantau Bin Pendekar Awang"

Bertemu bual dengan Atuk Md. Yusof Bin Mingin mengenai latar belakang salasilah Kerabat arwah Saharah Bt Rantau Bin Awang (Susur Galur Pecahan Suku Adat Pepatih Naning Suku 3 Batu). Kubur Bernisan Batu Megalith dikawasan perkuburan Kg Bekoh adalah Kubur Meon iaitu Nenek kepada Rantau dan moyang kepada Saharah. Datuk kepada Atuk Md. Yusof yang bernama Bacik adalah adik beradik dengan Rantau ada 5 adik beradik semuanya. Kubur lama diKg Buyan dikatakan milik "Raja Kuning". Pakcik Mustapa (Tapah) turut menyokong hujah penceritaan Atuk Md. Yusof itu tentng kubur lama diKg Buyan berhadapan lorong Kg Dok 1 dikatakan orang dahulu-dahulu ianya bersalur galur dengan kerabat Sultan Pahang. Wallahualambissawab....


Sumber rujukan : 
1) Leftenan Kolonel (B) Ramli Bin Hj Abdul Rahman (Poklong ku)


Capture screen dari whatsapp Hanim Binti Ramli (Sepupu ku)

2) Atuk Md. Yusof Bin Mingin


💓💓Setinggi Ucapan Jutaan Terima Kasih kepada💓💓

Leftenan Kolonel (B) Ramli Bin Hj Abdul Rahman (Poklong ku)

Pn Hanim Bt Ramli (Sepupu ku)

Atuk Md. Yusof Bin Mingin (Sepupu Nenek ku Hjh Saharah Bt Rantau

di atas kesudian berkongsi ilmu dalam melengkapkan penulisan artikal ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa murni kalian semua
ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ

Akhir kata segala kekurangan dan kesilapan mohon dimaafi dari pihak saya. Jika ada kekurangan atau kesilapan fakta / maklumat boleh diajukan pada no WhatsApp ini 0197567902, Sekian terima kasih. 

"Takkan Melayu Hilang didunia, selagi menurut syariat Islam"

Rabu, 18 Mac 2020

TERBONGKARNYA MISTERI CORONAVIRUS (COVID-19)


APAKAH ITU CORONAVIRUS (COVID-19)?

Coronavirus merupakan sekumpulan virus yang terdiri dari 32 jenis virus  dan mereka terbahagi kepada 2 keluarga. Virus tersebut boleh menyerang manusia dan juga binatang.
Coronavirus (Covid-19) pula merupakan virus yang baru ditemui (atau baru dicipta) pada tahun 2019. 

Patent untuk Coronavirus yang sedang berlegar di media social sebenarnya adalah untuk Coronavirus jenis lama (ciptaan tahun 2018 atau sebelumnya) dan bukannya jenis 2019.

Orang yang terkena virus tersebut akan mendapat tanda-tanda selepas 2 hingga 14 hari contohnya seperti hidung berair, sakit kepala, batuk, sakit tekak dan demam. Untuk mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, mereka akan mendapat sakit seperti batuk yang amat teruk.

97% pesakit akan sembuh dari sakit tersebut  tanpa mendapat sebarang bantuan perubatan moden. Hanya pesakit yang telah berumur lebih dari 60 tahun akan mendapat kesan seperti paru-paru berair dan akan menyebabkan kematian sekiranya tidak berubat.







DARI MANAKAH ASALNYA CORONAVIRUS (COVID-19) ?

Ia berasal dari Wuhan di negara China. Terdapat 8.9 juta penduduk di Wuhan. Ia adalah sama besarnya seperti kota London. Ia adalah bandar yang ketujuh terbesar di China.






MAKMAL BIOSAFETY DI WUHAN

Di Wuhan, terdapat sebuah makmal iaitu “Wuhan National Biosafety Laboratory”. Ia merupakan sebuah makmal yang membuat kajian dan penyelidikan tentang virus. Ia dibina pada tahun 2017 dan mula beroperasi pada tahun 2018.






SAINTIS DARI CHINA TELAH MENCURI VIRUS DARI MAKMAL DI NEGARA KANADA

Pada bulan March 2019, 2 orang saintis iaitu Dr. Xiangguo Qiu dan Keding Cheng (suami–isteri) dari negara China telah mencuri virus dari sebuah makmal iaitu “Canadian National Microbiology Laboratory (NML)” di negara Kanada. Mereka kemudian telah menghantar virus tersebut ke negara China dengan menggunakan khidmat Courier .

4 bulan berikutnya iaitu pada bulan July 2019, mereka berdua telah dihalau keluar dari Makmal NML dan dipaksa pulang ke negara China.








Di China, mereka kemudian membawa virus tersebut ke makmal di Wuhan dan mula membuat ubahsuai (modify) virus tersebut.

Ketua mereka ialah Dr. Peng Zhou, Ph.D.  Dialah yang bertanggungjawab dalam mencipta virus baru yang dinamakan sebagai Coronavirus (Covid-19)




32 Kilometer dari Makmal tersebut terdapat sebuah pasar iaitu “Huanan Seafood Market” yang dikatakan tempat bermulanya penyebaran Coronavirus (Covid-19).

Ini bermakna, para saintis dari makmal “Wuhan National Biosafety Laboratory” telah membawa Coronavirus ke pasar di “Huanan Seafood Market” untuk menyebarkannya dengan sengaja. Dari situlah bermulanya wabak Coronavirus (Covid-19).




KENAPAKAH KERAJAAN KOMUNIS CHINA HENDAK MEMBUNUH RAKYAT MEREKA SENDIRI?

Kerajaan Komunis China hendak mengurangkan jumlah penduduk di negara China. Mereka sanggup membunuh rakyat mereka sendiri untuk melaksanakan agenda jahat tersebut. Mereka menggunakan virus sebagai alasan supaya tidak ada sesiapapun yang akan tahu kisah sebenar. Sejak December 2019 sehingga kini, Kerajaan Komunis China telahpun membunuh lebih dari 500,000 orang di China.

Kerajaan Komunis China telahpun menempah 1 juta bag mayat untuk digunakan sewaktu operasi membunuh.

Kenapakah mereka memilih bulan December 2019 untuk menyebarkan virus tersebut? Jawapannya ialah kerana orang-orang di China akan menyambut Tahun Baru Cina pada bulan January 2020. Jadi mereka memerlukan masa sebulan untuk memastikan virus tersebut tersebar di kalangan penduduk di Wuhan.

Selepas itu orang-orang yang telah dijangkiti virus tersebut akan melancong ke luar negara untuk menyambut Tahun Baru Cina. Ini akan menyebabkan virus tersebut akan merebak ke seluruh dunia. Itulah agenda Khazar Satanist @ Illuminati.










SAINTIS DARI INDIA TELAH MENGATAKAN BAHAWA TERDAPAT GEN AIDS DIDALAM CORONAVIRUS (COVID-19)

Selepas sebulan Coronavirus merebak ke seluruh dunia, Saintis dari negara India iaitu dari “Kusuma School of biological sciences, Indian institute of technology, New Delhi-110016, India” dan juga  “Acharya Narendra Dev College, University of Delhi, New Delhi-110019, India” telah membuat kajian tentang Coronavirus tersebut.

Saintis dari India tersebut mendapati bahawa Coronavirus bukannya semulajadi. Ini adalah bukti yang kukuh bahawa virus tersebut adalah buatan manusia.

Saintis tersebut juga telah memberitahu bahawa mereka telah menemui gen AIDS di dalam Coronavirus.





RAMAI SAINTIS YANG MENGAKU BAHAWA CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH CIPTAAN MANUSIA









11 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada 18 September 2019 iaitu 11 minggu sebelum Coronavirus merebak, Pegawai di Tianhe Airport di Wuhan telah mengadakan latihan kecemasan untuk menghadapi wabak Coronavirus.

Kenapakah mereka memilih Coronavirus dan bukannya virus lain?







6 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada 18 October 2019, iaitu 6 minggu sebelum Coronavirus merebak, sebuah persidangan “Event 201” telah diadakan di New York. Persidangan tersebut telah dianjurkan oleh “Johns Hopkins Center for Health Security” dan “World Economic Forum” bersama “Bill and Melinda Gates Foundation”.

Bill and Melinda Gates Foundation adalah dimiliki oleh “founder of Microsoft” iaitu Bill Gates.

Di dalam persidangan tersebut, mereka telah membuat ujikaji dengan menggunakan simulasi dalam komputer mengenai kesan kepada manusia sekiranya virus merebak. Komputer tersebut memberikan keputusan yang amat memeranjatkan. Komputer itu meramalkan bahawa 65 juta manusia akan mati akibat virus tersebut.















Pada hari yang sama iaitu 18 October 2019, seramai 10,000 askar dari 110 negara telah berada di Wuhan untuk menyertai acara sukan tentera.

Adakah acara tersebut dijadikan sebagai alasan untuk membawa 10,000 tentera ke Wuhan?





4 MINGGU SEBELUM MEREBAKNYA CORONAVIRUS (COVID-19)

Pada bulan November 2019, Negara Komunis China telah melancarkan Teknologi 5G di Wuhan dan juga di bandar-bandar yang berhampiran.

Teknologi 5G akan memberikan berbagai kesan buruk kepada manusia. 5G juga akan memberikan kesan seperti selsema dan demam. Sebab itulah ramai penduduk di Wuhan menunjukkan kesan seperti selsema dan demam.

Jadi, Kerajaan Komunis China akan menangkap semua orang yang menunjukkan kesan seperti selsema dan demam. Mereka akan memberikan alasan kononnya orang tersebut telah dijangkini Coronavirus (Covid-19).








VAKSIN UNTUK CORONAVIRUS (COVID-19) ADALAH LEBIH MERBAHAYA

Khazar Satanist @ Illuminati sedang membuat perancangan untuk menggunakan isu Coronavirus sebagai alasan untuk memastikan semua manusia di dunia ini disuntik dengan Vaksin.

AWAS!!!

JANGAN TERTIPU!!!

Mereka akan memasukkan berbagai jenis virus didalam Vaksin tersebut. Ada juga para saintis yang telah membocorkan rahsia dengan memberitahu bahawa mereka akan memasukkan sejenis RFID Chip yang amat kecil di dalam Vaksin tersebut. Ini adalah untuk mengesan lokasi anda dengan tepat.








KESIMPULAN

Negara China merupakan “testing ground” untuk Khazar Satanist @ Illuminati untuk menjayakan agenda jahat mereka iaitu “New World Order”.

Kesemua “Virus” yang terdapat di zaman ini contohnya seperti AIDS, SARS, EBOLA, ZIKA, H1NI dan sebagainya adalah ciptaan manusia (Saintis tajaan Khazar Satanist @ Illuminati) dan dibuat di dalam makmal. Setiap tahun mereka akan menciptakan suatu “virus” yang baru dan akan menyebarkannya melalui suntikan vaksin yang kononnya untuk “berubat” penyakit tersebut. Sebab itulah “virus” tersebut tidak pernah wujud 100 tahun dulu malah ibu bapa kita juga tidak pernah mendengarnya sewaktu mereka masih kecil.

Penciptaan “virus” tersebut adalah sebahagian daripada “Agenda 21” dari United Nations (UN). Apakah itu “Agenda 21”?

“Agenda 21” ialah untuk “mengurangkan jumlah penduduk dunia” sehingga hanya tinggal 500 juta sahaja. Untuk pengetahuan anda, penduduk bumi kini berjumlah 7.3 billion orang. Jadi mereka sebenarnya bercadang untuk membunuh lebih 6.8 billion manusia.







Covid-19 adalah fitnah kecil yang dicipta oleh proksi Dajal Laknatullah sebelum keluar fitnah besar dari Dajal Laknatullah. Misinya utk mgurangkan populasi dunianbagi menguasai dunia secara langsung hendak menghapuskan Imam Mahadi & mujahidin Islam Panji-Panji Hitam Fisabilillah dari ufuk timur di akhir zaman ini. Berwaspadalah sesungguhnya fitnah Dajal laknatullah itu sungguh halus dan licik, umpama semut hitam di atas batu hitam di waktu malam hari yang gelap gelita. Apapun semuanya dengan izin Allah SWT dan sememangnya ada hikmah tersirat bagi manusia yang berakal dan yang diberi ilham dari Allah SWT. Persiapkan diri dengan ilmu dan iman yang kental. Semoga Allah SWT melindungi kita dari fitnah dan tipu daya Dajal Laknatullah & Iblis Laknatullah Aamiin Ya Rabbal Alamin

#BacalahSurahAlKhafi
#BacalahAlQuran
#SolatDoaZikirTawakal


Sumber rujukan: