Seperti biasa balik keje aku akan jeguk peti surat rumah. Ada bil air SAJ sekali negok perhhhh terkejut seriau sikit lagi nak jd isim π±π±π±π± RM326.03 bil semasa untuk bulan Jun (16.6.2019).
Mulalah dalam hati aku buat hipotesis. Adakah disebabkan kena curi orang atau dipinjam makhluk bunian πππ maaf gurau jangan mareπππ yang logik hipotesisnya mesti disebabkan kebocoran paip π©π©π©. Untuk nak buktikan hipotesis aku ni benar. Aku gi sendiri menyiasat. Aku panjat tangga negok tangki atas, nampak ok je tangki dan sistem paipnya tak ada yang bocor. Aku panjat dan negok siling bilik depan. Setelah diperiksa didapati paip dari dinding depan ke tangki pun ok juga kordinasinya.
Aku tak puas hati gi negok panjat siling kat belah belakang pun clear tiada kebocoran air di dapati. Aku dah syak ni kebocoran mesti berlaku dibelakang dapur sebab dapur aku baru diubahsuai tahun lepas. Jadi senang nak mudah keje, aku call plumber minta mereka datang check. Plumber kata hari Jumaat dia boleh datang.
Hari Jumaat, masa aku tak berkerja sebab di Johor memang cuti syukurlah seperti yang dijanjikan pada jam 9.30am, si plumber datang dengan van yang lengkap dengan peralatan dan barang tukangnya. Plumber check punya check, dia kata comfirm memang kat paip bahagian depan di ruangan letak kereta yang bocor. Sebab bila plumber tutup kepala paip yang kat dinding depan rumah ku baru nombor meter air berhenti. Lagi pun si plumber cakap dulu dia pernah bikin repair masalah kerosakan yang sama berlaku di taman ku ini. Plumber kata sistem paip taman ni yang didalam semuanya belah atas siling maka tiada tekanan berlaku dan sukar nak bocor klau bocor pun akan pasti mudah dikesan dengan nampak kesan basah pada siling. Yang saluran paip belah depan di ruangan tempat letak kereta je yang di letak bawah tanah. Paip terima tekanan dari beban kereta dan mozek di ruangan tempat kereta. Bila aku rujuk ilmu fizik memang sah betul le. Plumber kata dia akan tebuk kat dinding je dan pasang gantikan dengan paip PVC. Bahagian mozek di lantai dia tak usik. Paip PVC akan di lekatkan pada dinding tembok rumah. Jadi aku akur lah sebab maklumlah dah bidang dia maka memang dia yang teror tahu camana nak selesaikan kerja dengan hasil yang paling baik. Ada plumber gi pecah mozek lantai untuk nak gantikan paip yang pecah. Itu lagi banyak kerja dan membazir wang dah tak pasal-pasal nak cari tukang repair mozek dan lantai pula.
Mulalah si plumber itu pecah tebuk dinding rumah ku. Si Plumber kata dia akan tukar guna paip PVC kerana PVC lebih keras dan tebal berbanding paip getah yang asal. Dalam masa lebih kurang 3 jam siap setel urusan memasang paip PVC dan menyimen. Nampak profesional sungguh keje plumber cina ini, ikhlas aku cakaplah. Hasil kerja dia halus dan sempurna. Part hasil kerja bangsa cina memang aku puji sebab tu bayaran upahnya tinggi sikit. Tak apalah janji puas hati dan berkualiti hasilnya. RM300 harga upahnya tapi kat resit dia tulis RM350, dia bagi diskaun RM50 kat aku syukur Alhamdulillah
Alhamdulillah siap dengan cantiknya, tunggu nak cat je ni ππππ
Bila dah selesai baik pulih, isteri aku cerita yang makcik kantin lama sekolahnya pernah berlaku kes seperti aku ini. Makcik kantin itu buat surat rasmi mohon rayuan diskaun atas bil air SAJ yang terlalu tinggi kerana akibat kebocoran paip. Dan rayuannya BERJAYA dapat diskaun berapa, tak pasti berapa. Ini hari aku dah siapkan suratnya dan segala dokumen lampiran yang menyokong surat rayuan ini. Harap-harap rayuan ku ini berjaya. Sesiapa yang nak format suratnya boleh download di link ini
https://drive.google.com/file/d/1NKHFU9RAMWbDukBonO99pG6IhCA267UI/view?usp=sharing
Contoh Suratnya berserta lampirannya:
Contoh Surat Rasmi Rayuan
Susun gambar kerja-kerja membaikpulih paip oleh plumber dalam satu lampiran
Bil Air SAJ yang siap difotostat warna
Resit upah baikpulih plumber yang siap difotostat warna
Buat 2 salinan pada semua dokumen diatas termasuk surat rayuan. Dimana 1 salinan untuk pihak SAJ dan 1 salinan untuk simpanan kita. Yang salinan simpanan kita itu minta dicop pengesahan DITERIMA dan siap ditandatangan oleh pegawai SAJ yang menerima aduan rayuan kita tadi. 1 salinan untuk simpanan kita ini adalah untuk rujukan kita sekiranya ada kehilangan surat rayuan yang kita beri pada pihak SAJ tadi.
Moga-moga berjaya petang ini rayuan ku ini Aamiin yarabbal'alamin